Thursday, October 16, 2014

KARI AYAM & SAYUR GORENG CAMPUR

Assalamualaikum..saja nak kongsi lauk kari ayam yang dimasak weekend aritu...huhu! Lauk kari ayam dimakan bersama sayur goreng campur juga ikan masin dengan nasi pepanas..mmg pergghhh!! resipi yang sempoi..jom kita zaass!!

RESIPI KARI AYAM MUDAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan-bahan:
1 kg ayam – dibersihkan dan dipotong ikut suka
5 sudu besar serbuk kari daging/ayam 
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji bawang merah - dikisar
5 biji bawang putih –  dikisar
1 inci halia –  dikisar
1 cawan santan 
air secukupnya
rempah 3 sekawan - 1 btg kayu manis, 2 biji bunga lawang & 3 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang dipotong dadu
Air asam jawa 
garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Panaskan kuali atau periuk dengan 5 sudu besar minyak masak.
2. Tumiskan rempah 3 sekawan bersama bawang besar juga bahan kisar sehingga naik bau.
3. Perlahankan api dan masukkan serbuk rempah kari tadi dan kacau cepat-cepat sebab takut hangit sehingga masak sekitar 1 minit dan tambah air sedikit supaya rempah menjadi cair (jangan banyak air). Kemudian kacau perlahan2 sehingga pecah minyak.
4. Setelah terbit minyak masukkan daun kari dan kacau seketika dan masukkan kentang bersama ayam dan kacau sebati.
5. Biarkan seketika sehingga ayam menjadi sedikit kecut dan kemudian tambah air dan santan.  Kacau lagi hingga kepekatan yang dikehendaki.
6. Didihkan seketika dan kemudian masukkan asam jawa dan garam gula secukup rasa. kacau rata seketika dan tutup api
7. Hidangkan
Resipi Sayur Goreng Campur

Bahan-bahan:
Taugeh
Kobis bunga-dipotong kecl
Kacang hijau leper-dipotong
Cendawan enoki
Fishball
ikanbilis
Bawang besar-hiris nipis
Bawang putih-hiris nipis
Cili hidup merah/hijau-potong serong
sos tiram
garam
perisa (optional)
minyak utk menggoreng

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bawang besar, bawang putih , cili dan ikan bilis hingga naik bau. Kemudian tambah fishball dan goreng sebentar. Tambahkan sayur2an dan goreng lagi. Akhirsekali tambah sos tiram, garam & perisa. Goreng sebentar sahaja dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.



10 comments:

adda syuhada said...

sedapnya..

Acik Erna said...

ada kari..ada la ikan masin..baru sedap kan Dr.ina..kalau asam pedas tu sama..dapat lak ikan masin bulu ayam.mak ai..sodapnya Dr.ina

Mummy Dina said...

bestnye kari ayam..kalau cicah dengan homemade whole meal mesti best..:)

Amie said...

Wooo... ada ikan masin ... tu yang tambah mabeles!

inahar ali said...

Adda..insyaallah sedap..nanti cuba la yer!

inahar ali said...

acikerna..teringat kat ikan masin jer pon dah terlior ayaqliuq ni haa..hehe!

inahar ali said...

mummydina..kari ayam ni cicah ngan apa2 pun best..klu dpt lempeng goreng pepanas cicah ngan kari ni pun dah mantopp..huhu!

inahar ali said...

amie..ikan masin meme wajib ada kt dapur kan..buat penambah selera lagi perghhh!!

Unknown said...

kombinasi menariksss ni doc ina togeh tu fav lah

inahar ali said...

Kaknoor..menariks lagi tertarikss ye kak..hehe!