Monday, October 13, 2014

KETAM MASAK MERAH


Assalamualaikum..taraaa!! Amboi..tu dia aihh..dh lama tak masak ketam..kemain lagi kita eksen ek..hehe! ni atas permintaan Kak Ayin yg pulang bercuti dari segamat sempena raya aidiladha baru ni..katanya dah lama tak makan ketam masak merah masakan ibu..alahai cian anak ibu kan. so kita pun apalagi la ke pasar borong mencari ketam segar. Memang puashatila makan kalu masak sendirikan..nak beli lauk ketam kt luar nun kemain mahal kan. Resipi sempoi jek..meh kita zaass!

RESIPI KETAM MASAK MERAH
sumber - inahar's cooking time

bahan-bahan :

  • 6 ekor ketam - digoreng dgn garam kunyit 
  • 3-4 sudu besar cili giling - ikut kepedasan yg digemari
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • garam dan gula secukupnya
  • cili hidup merah/hijau- potong serong
  • sedikit hirisan daun sup dan daun bawang utk hiasan
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1 inci halia

  • Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya. 
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, cili hidup, garam & gula secukup rasa. Kacau rata-rata. 
  4. Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.



8 comments:

Bicara Kak Noor said...

assalam doc wah macam sama menu kita hari ni ketam lah, ketam masak merah pun sodapppp kan

azlia said...

awok x diajok pun!

inahar ali said...

kaknoor..sehati sejiwa nampaknye kita kan kak!hehe..

inahar ali said...

azlia..sowi mowiii..dh lama pung liciinn..huhu!

Mayang ABDUL RAZAK said...

SELALU MASAK MERAH AYAM ATAU DAGING .. BELUM CUBA LG DENGAN KETAM

Sweetie said...

Kalau dah namanya ketam... rebus je pun sodap!

inahar ali said...

mayang..anak2 akak plg suker masak merah..baik ayam, ikan, daging ke seafood ker..hehe!

inahar ali said...

kaksweetie..mmg pun kak..kalu rebus pun dh sodap..perghhhh!