Saturday, October 25, 2014

AYAM MASAK KICAP LADA HITAM

Assalamualaikum..Pn Doc sekeluarga ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah ke 1436 buat semua pengunjung blog ni. Moga tahun baru ini kita semua akan lebih berjaya dan bahagia juga hari2 yang mendatang akan menjadi lebih baik dari sebelumnya..insyaallah..Amiinn! Okayla arini saje nak tunjuk menu ayam masak kicap yang sempoi..resipi rasanya semua orang tahukan tapi saje jer kita nak juga letak resipinye di sini sebagai panduan untuk mereka yang baru berjinak2 di alam masak-memasak ni kan..hehe! Jom zaass  resipi yang mudah ni.. 

RESIPI AYAM MASAK KICAP LADA HITAM
resipi - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong sederhana kecil ikut suka- cuci bersih dan toskan
2 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili hijau/cili merah - potong serong (cili padi jika suka)

3 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia - hiris nipis
1/3 cawan kicap manis

2 sudu besar sos tiram
1 camca besar serbuk lada hitam@tumbuk kasar 
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang

sedikit cuka
air secukupnya
Hirisan daun bawang/ketumbar untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam, perap sebentar dan goreng secukup masak sahaja(jangan terlalu garing).
  2. Gunakan 2-3 sudu besar minyak menggoreng ayam tadi untuk menumis bawang, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos tiram, lada hitam dan ayam. Gaul rata.Tambah kicap juga air secukupnya dan gaul rata. Masak hingga pekat.
  3. Tambah cuka,bawang besar dan cili potong , gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah ikut kegemaran memasing ye. Matikan api dan alihke  dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang/ketumbar sebelum dihidangkan...Siap.
 

6 comments:

Bicara Kak Noor said...

anak2 kaknoor suka sngt macam kicap ni doc dekat2 leh sekodeng

inahar ali said...

Kaknoor..alaa takyah skodeng..akak masak jek ayam kicap ni kt dapur..sekejapan jer siapkn..hehe!

Rei said...

Salam Pn Doc, sedap2 resipi :D

Saya nak jemput Pn join Projek Dapur, mobile app utk resipi blogger. Insha Allah extra2 trafik ke blog akak.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.projek.dapur

Kalau minat leh email kat projekdapur@gmail.com yer

Mekasih

Ayu said...

Assalam puan doc,
Ayam masak kicap memang favorite anak2...
Kalau kekeringan idea..pasti lauk ginilah yg I came out with..Salam maal hijrah 1436 ...mohon ampun salah & silap..;)

inahar ali said...

Ayu..waalaikumsalam..salam maal hijrah juga wat ayu sekeluarga! ayam masak kicap yg plg sempoi tp conpem sedapkan ayu..hehe!

inahar ali said...

Rei..mekaceh atas jemputan nye ye! nnti akak email kt rei ye..thnx again!