Wednesday, October 22, 2014

NASI MINYAK SEMPOI


Assalamualaikum..semalam merajinkan diri memasak nasi minyak dimakan bersama rendang ayam. Resipi mudah ni kita amik dari resipi nasi hujan panas dari dapur ummi . Malas nak guna pewarna bagai kan..so jadi la ia nasi minyak sempoi jer la..hehe! Mekaceh ummi cayaang..kita cnp resipi dari dapur ummi jer la ek..muuuaahs!

RESIPI NASI MINYAK HUJAN PANAS
resipi - ummi  
sumber - inahar's cooking time

Bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 10 minit.
5 cawan air
 
2 kiub pati ayam
 
2 helai daun pandan
 
pewarna merah, hijau dan kuning
 - (kita x letak pun)

Bahan Tumis:
1/2 inci halia - hiris halus 
2 ulas bawang putih - mayang
 
1/2 biji bawang besar - mayang
 
2 sudu besar minyak masak
 
1 sudu besar minyak sapi
 
1 batang kulit kayu manis
 
2 kuntum bunga lawang
 
3 kuntum bunga cengkih
 
3 biji buah pelaga


Bahan Hias:-
Bawang goreng
Kismis

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan yang dihiris dan rempah 4 sekawan tadi hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul rata sebentar. Masukkan air, kiub ayam, garam dan daun pandan. Kacau sekejap dan biarkan nasi masak. Bila nasi telah kering, ambil chopstick dan buatkan 3 lubang di atas nasi dan tuangkan setiap lubang dengan 3 warna secara berasingan. Bila nasi telah benar2 masak, kaup balik nasi hingga rata. Masukkan kismis dan hiaslah dengan bawang goreng bila menghidang.
  

6 comments:

zana fahmi said...

Ingat nak cuba resipi no esok, tq doc.

inahar ali said...

Kzana..cuba jgn tak cuba ye..insyaallah sedap!

Maria Ismail said...

Teringin nak cuba buat jugak, tambah2 skang ni cuti sekolah...anak2 suka makan.

inahar ali said...

maria..cubala buat..resipi simple & sedap insyaallah!

Maria Ismail said...

Insyaallah...esok plan nak buat, harap jadi n sedap macam inahar buat...hehe

inahar ali said...

maria..insyaallah..cuba jangan tak cuba ye..hehe!