Monday, October 21, 2019

KARIPAP INTI DAGING & TELUR REBUS YG ENAK

Assalamualaikum..alhamdulillah dapat kita membuat karipap istimewa ni utk jamuan kecil2an di rumah bonda pada hari minggu yang lalu. Karipap inti spesel sikit sebab kita tambah potongan telur rebus selain dari inti daging dan kentang. Memang sedap dan mendapat sambutan ramai..sampai tak cukup pulak you..hihii! Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI KARIPAP INTI DAGING & TELUR REBUS
sumber - inahar's cooking time


Kulitnya
2 cawan tepung gandum
marjerin cair + minyak (lbhkurang 1/4 cawan jumlahnya)
air suam + garam secukupnye
Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang minyak/marjerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu buatkan bola-bola kecil drpd adunan tadi sebelum dicanai dan dibubuh inti daging serta potongan telur rebus. Goreng dgn api kecil sahaja hingga keemasan warnanya.
Inti Kentang daging
4 biji kentang (kupas kulit, didadu kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
250 gm minced meat secukup
sedikit mixed vege
minyak untuk menumis
garam
gula
perisa
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
Telur rebus potong 4 atau ikut suka (optional)
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, mix vege, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Bubuh sedikit air untuk bagi daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

No comments: