Thursday, October 10, 2019

NASI ARAB MUDAH

Assalamualaikum..ketemu lagi kita ye! Pekabo semua? Moga semua baik2 ajer ye. Insyaallah..
Okay arini nak berkongsi resepi nasi arab mudah yang dimasak beberapa minggu lepas. Guna jer resepi ni kalu tiada rempah kabsa atau rempah arab kt dapur nun. Memang mudah dan insyallah sodap! Jom kita zaas resepinye ye..

RESIPI NASI ARAB MUDAH
sumber - inahar's cooking time

Bahan
2 cawan basmathi- direndam 20 minit, cuci dan tos
3 cawan air - boleh guna air rebusan/stok ayam
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 sudubesar serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1/2 suduteh serbuk lada hitam
garam dan perisa/kiub ayam(jika suka)
sedikit kismis
daun ketumbar
minyak masak 
minyak sapi

Bahan tumis
3 biji bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1/2 labu bawang besar- dimayang
1 inci halia
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 suduteh lada hitam biji

Cara
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan semua bahan tumisan hingga wangi.
Masukkan serbuk rempah yang telah dibancuh dgn sedikit air. Tumis lagi hingga sedikit garing.
Masukkan beras, cili hijau, daun ketumbar, kismis, air serta garam perisa. Didihkan hingga kering (boleh sambung masak dalam ricecooker seperti biasa). Bila nasi masak gemburkan dan boleh dihidang bersama taburan daun ketumbar/sup serta bawang goreng bersama2 lauk kegemaran.

AYAM BAKAR
1 ekor ayam (dipotong 6-8 ikut suka) direbus bersama potongan bawang, bawang putih, halia, daun bay kering, 1 sudu kecil biji lada hitam. Siap merebus keluarkn ayam dari air rebusan. Lumur kunyit, garam, gula, sos tiram, serbuk lada hitam, serbuk ketumbar/jintan manis/jintan putih serta sedikit pes bawang , bawang putih serta halia Biarkan sebentar dan bolehla dibakar ayam dalam oven api 180c sehingga kuning keemasan. Tuang minyak sedikit atas ayam semasa membakar(Saya grill sebentar atas dapur nak bagi garing luar ayam tu sikit)


Acar timun tomato 
timun - potong dadu nipis  
tomato - potong dadu kecil  
bawang besar- potong nipis  
cili merah/hijau - potong halus  
cuka garam gula 
Campurkan semua bahan di atas hingga sebati dan sejukkan dalam petiais. Keluarkan sebentar sebelum dihidangkan bersama nasi.
 
SOS SALATA HARA
sumber- wana 

( resipi asal : Arabic Bites )
3 biji tomato cincang.

1/2 cawan daun ketumbar – saya letak 1/4 cawan je
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 -2 biji cili hijau – saya tambah
garam.
sedikit gula


Cara Penyediaan Sos Salata Hara:
* Masukkan semua bahan dalam blender, kemudian kisar kesemua bahan2 tadi hingga hancur.

** sedia utk di hidangkan bersama nasi arab/kabsa.







No comments: