Tuesday, April 27, 2021

BUBUR CANDIL


 Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat semua..ni menu wajib di bulan puasa nih..org johor panggil bubur candil tp kalau org pantai timur lak panggil bubur butir nangka (gentel cam bentuk biji nangka)..tak kisahla kan pada namanye..yg penting sedap! Anak2 & hubby sgt suka bubur nih..lembut2 chewy gitew kan..hehe! Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI BUBUR CANDIL
sumber- inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut campur 2 sudubesar tepung gandum
Air secukupnya
Sedikit kapur makan
Secubit garam
Esen pandan @ air daun pandan


Bahan utk kuah
Santan - kita guna santan kotak campur air secukupnya
Gula perang (gula melaka takde stok)
1 sudu teh halba
Garam
Daun pandan


Cara-cara

Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul...
Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
Bila dah siap bolehla dicampurkan biji candil yg telah masak tadi ke dalam kuahnya. Kacau sebentar hingga mendidih, boleh tutup api. Sedia untuk dihidang.....
Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.

No comments: