Friday, April 30, 2021

KETUPAT PALAS & RENDANG AYAM


Alhamdulillah.. Kita merendang pulak sebab minggu lepas kita ada beli ketupat palas frozen dari rakan fb Linda Noordin, macam2 jenis ada yg plain, berjagung atau berkacang..semua pun sedap. Lembut jer rasa ketupat ni. Makan berketul2 tak perasan..ehh hihi! Kalau korang berminat boleh pm linda sendiri ye. Jom kita zaass resepi rendang ayam ni yok!

RESEPI RENDANG AYAM 
sumber - inahar's cooking time

Bahan2:

1 kg ayam dipotong sederhana kecil
2 bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
1/2 inci lengkuas 
3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan disukai)
10 biji cili padi
8-10 batang serai -kami mmg guna banyak serai lebih sedap rasanya 
1 pkt serbuk santan segera - dibancuh dgn secawan air
2 keping asam keping
3-4 sudu besar kerisik 
2 helai daun kunyit- di hiris halus 
1-2 genggam gula (boleh campur ngan gula melaka)
garam secukupnya 
perisa jika suka 
minyak untuk menumis

cara: 
Bawang,bawang putih,halia,lengkuas,serai dan cili padi semua diblender halus, kemudian tumis sampai naik bau.Tambah cili giling dan tumis lagi bagi garing. Masukkan ayam,santan,asam keping.bila mendidih hampir kering masukkan garam,gula dan kerisik.akhir sekali masukkan daun kunyit yg di racik halus. 

 

4 comments:

Amie said...

Sedapnya ketupat palas macam-macam inti. Selamat berpuasa Ina sekeluarga.

inahar ali said...

Selamat berpuasa juga wat amie sefamily ye

Norlaili A Wahab said...

tengok ketupat palas dengan rendang ayam ni terus rasa tak sabar nak beraya hehehe

inahar ali said...

K.laili..jom beraya awal..hihii!