Monday, March 22, 2021

LAKSA JOHOR IKAN SARDIN

Assalamualaikum.. alhamdulillah sorry baru nk updet menu laksa johor ikan sardin yg dimasak minggu lepas. Pestime masak guna ikan sardin tin rupanya sedap cam laksa johor ori. Memang hepi sgt sebab mudah kije banyak. Kita tak letak pun udang hidup dan ikan kurau masin tu..ni kira versi mudah dan ekonomi la kan.hihi. Tak perlu nak rebus ikan, perisi buang tulang bagai. Lepas ni boleh buat laksa johor selalu2 la kan sebab kurang renyah..hehe! Eh lupa pulak nak tambah sambal belacan masa amik gambar tu..adeh! Ok jom ler kita zaas resepi nye yok!

Laksa Johor Ikan Sardin
Sumber - inahar's cooking time @drinahar

Bahan kuah

3 tin besar ikan sardin - dicuci dan dibuang tulang (kisar)
Segenggam udang kering
3 sudu besar kerisik
2 pek Santan serbuk dibancuh dgn 2 cawan air
6-8 sudubesar serbuk kari ikan
3 sudu besar cili giling
3 kuntum bunga kantan- belah 2
2 batang serai - ketuk kan jer
2 biji bawang besar
10 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
3 inci Halia
1 inci Lengkuas (hiris)
2-3 asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk menumis


Bahan Ulam2an

3 batang timun dan kupas kulit- hiris halus panjang2 (kita tak berapa pandai nak potong cam gelang tu 😅)
Taugeh yang telah dibuang ekor
Daun kesum - hiris halus
Lobak masin - hiris halus
Bawang besar dihiris
Limau kasturi - potong dua.
Bunga kantan - hiris halus
Sambal belacan

CARA

Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sampai naik bau. Kemudian tambah cili giling dan tumis lagi.
Masukan serbuk kari, kacau sampai pecah minyak, masuk air sedikit untuk elak hangit. Masukkan ikan sardin dan santan. Tambah air secukupnya.
Biar mendidih sikit kemudian masukan kerisik. Tambah bunga kantan, asam keping, garam, gula dan perisa (optional).
Biar mendidih sambil dikacau sampai ia pekat sedikit (Kuah laksa johor memang pekat untuk makan dengan tangan)
Sedia untuk dihidang dengan spaghetti rebus dan bahan2 ulaman serta tidak lupa sambal belacan. Siap!
 

No comments: