Friday, February 20, 2009

CINNAMON ROLLS

Salam..berjaya juga akhirnye hasratku ingin membuat cinnamon rolls ni..baru masak tadi malam. fillingnye telah kucampur walnut ngan raisins sekali .. resepi diambil dari umah k.dzana (resepi asal dari yani@myR)..thanx k.zana & yani for sharing!



RESEPI CINNAMON ROLLS

Bahan2:

300g tepung roti
50g butter

1 biji telur
50g gula halus
100ml fresh milk/air (suhu badan)

8g dry yeast - 2 1/2 sudu teh
1 sudu kecil garam


BAHAN UNTUK FILING

2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang

20g butter-suhu bilik

20 gm walnut cincang
raisins
(option- ikut suka)

Cara buat roti:

1. Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.

KAEDAH LAIN JIKA GUNA BREADMAKER

1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam bread maker.
2. Pilih setting untuk doh dan tekan "on". Tunggu hingga siap.

BAHAN UNTUK ICING

Icing ni i x wat sbb malas..hehe! tapi sertakan juga resepinya sebagai rujukan.

20 gm butter
50 gm krim cheese
100 gm gula aising
2-3 titik esen vanilla
secubit garam


1. Campurkan semua bahan dan pukul sebati. Ketepikan. kemudian aising ni disapu keatas roti yg telah masak.

13 comments:

VG said...

The rolls are perfect Inahar....wish I could have one now with my cup of coffee.

ain said...

kak Ina....klu le saya ada breadmaker...jam2 ni gak nak buat!

inahar ali said...

VG...come let's have coffee together!hehe..

ain..alaa akak guna tangan je uli...akak pun mana ada breadmaker tu! tapi x susah sgt pun wat nye!nnti ain tryla!

are said...

sedap ni...lama dah buat!!!

Datin El said...

inahar...bila masa awak berehat ni..power betul dr ni.

inahar ali said...

are...memang sedap kan!

datin el...hahaha..!!

cikmanggis said...

kat umah cikmanggis ada mesin buat roti tapi lama dah tak guna,rasa cam nak buat roti je....Akak mmg tabik spring toing toing dengan inahar ni!rajin btol

Lily said...

ina....waduh!u punya blog nie banyak resipi rupanya! Awat tak habag awal-awal...nanti kita order kat u jelah bila our reunion party!

inahar ali said...

cikmanggis...apalagi bila tgh bersemangat ni lah kene kuarkan mesin roti tu klu tidak nnti hampeh jer..hehe!

lily...hai kawanku cayaang..hehe..akhirnye u muncul gak kat umah i yg x seberapa ni kan! tq..

mummyalyssa said...

kak cinnamon nih nk kena wat ngan bread maker gak ke?

inahar ali said...

seri..akak wat uli pakai tangan aje..sedap gak! hehe..

Idayu said...

wah..mmg rajin btulla kak ina;)..mm,bilala ada luang nk buat ni??marshmallow yg nk wat ari tu pun tak terbuat lg..hihi.apapun tq kak 4 sharing.nti ada masa bole cuba ^_^

inahar ali said...

ayu...nnti ada time cubala wat..x rugi wooo! memang sodaapp!!