Thursday, June 4, 2020

KUAH KACANG DAGING

Assalamualaikum..arini kita nak share resepi menu wajib raya kami iaitu kuah kacang daging resepi bonda tercinta. Orang johor kalu masak kuah kacang selalunya ditambah daging atau ayam menjadikan rasa ia lebih istimewa dan enak banget! Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI KUAH KACANG DAGING 
sumber: inahar's cooking time

bahan2:

700-1000 gm daging, di potong kiub kecil & rebus hingga sedikit empuk 
1 kg kacang tumbuk 
3-4 biji bawang besar (kisar) 
1-2 ulas bwg putih
3 inci halia (separuh blend,separuh ketuk) 
10-14 batang serai (serai mesti banyak, klu tidak rasa dan bau kuahnya tak naik..hendaklah di kisar separuh, selebihnya diketuk shj) 
5-6 sudu besar cili giling (saya guna 1 pek 200 gm - ikut kepedasan di sukai)
lengkuas sikit aje
2-3 keping asam keping @ air asam jawa
11/2-2 biji kelapa utk santannya(klu pakai santan peket guna 2 paket) 
gula (blh campur dgn gula melaka..amaun gula mestilah banyak klu tak mmg kureng rasanya..selalu kita main campak aje..agak2 lbhkurang 6-7 genggam jugaklah @ lbhkurang 3 senduk nasi kot!.)
garam secukup rasa 
serbukperisa (option) 
air 
minyak utk menumis

Cara masaknya
Tumis bhn2 yg di kisar sekali dengan halia, serai ketuk hingga naik bau kemudian letak cili giling..tumis sampai garing.
Selepas tu bolehlah dimasukkan kacang, santan, daging dan asam keping. Masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan garam, gula, perisa (opitional) dan masak lagi.
Kalau pekat sgt tambahlah air secukupnya.
Rasa kuah ni berbeza sikit dari kuah kacang biasa disebabkan penggunaan serai yg banyak, tambahan daging dan garam gula nya kenalah ngam amaunnye ya.
Kuah ni memang sedap dimakan dengan ketupat nasi/nasi impit.. nak campur kuah lontong/kuah lodeh sekali pun mmg sesuai sgt..
Silakan cuba ya 😊

4 comments:

Amie said...

Cantik kuah kacang daging tu!

asyifamustaffa said...

Sy pulak mkn kuah kacang cmpur rendang daging 😁. Tak penah lg cuba mcm ni..

inahar ali said...

amie..alhamdulillah nnti cuba la ye!

inahar ali said...

asyifa..family akak mmg masak kuah kacang mesti tambah daging pastu belasah jer makan dgn nasi impit campur rendang ke serunding ke lontong ke..semua onz jer. hihi!