Saturday, June 6, 2020
SPAGHETTI SARDIN GORENG PEDAS
Jom kita tukar selera..kita berpasta pulak ye. Spaghetti sardin goreng pedas yang sgt ringkas, mudah dimasak dan sedap dimakan. Dah banyak kali kongsi resepinya tapi tidak mengapa kita boleh cnp balik resepi ni lagi dan lagi ye. Hihi. Jom kita semak resepi yok!
RESIPI SPAGHETTI SARDIN GORENG PEDAS
sumber - inahar's cooking time
Bahan-bahan
500 gm pasta - direbus
1 tin sardin cap ayam size sederhana (isi ikan di cincang)
1 tin cendawan butang- di potong nipis (boleh juga guna cendawan segar)
2 biji bawang besar - potong dadu
5 biji bawang putih - cincang halus
2 biji tomata segar - cincang (boleh juga guna tomato ceri)
1/2 suduteh herba itali (mixed herbs)
1 helai daun bay kering
10-15 biji cili padi (ikut kepedasan disukai) - cincang/tumbuk kasar
1 sudu besar serbuk lada hitam
daun ketumbar
Perahan jus limau kasturi@nipis
minyak/minyak zaitun atau mentega utk menumis
garam/perisa secukupnya
sedikit parutan keju parmesan utk ditabur masa menghidang
Cara
Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan bawang putih goreng lagi hingga keperangan.
Masukkan cendawan dan cili padi dan tumis lagi.
Tambah ikan sardin (sos sardin boleh masukkan sekali) serta tomato cincang dan masak seketika.
Masukkan garam, perisa, serbuk lada hitam, juga herba itali dan gaul rata.
Setelah itu masukkan pasta dan daun ketumbar, perahan limau dan gaul rata.
Biarkan sebati dan boleh angkat bila masak sepenuhnya.
Taburkan parutan keju parmesan di atas pasta semasa menghidang. Siap!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment