Tuesday, June 9, 2020

RED PEARL COOKIES

Assalamualaikum..arini kita berkongsi resepi cookies sempena syawal ni. Red pearl cookies ni memang sgt sedap dan menjadi kegemaran family. Cookies ni pernah menjadi sgt fofular dikalangan food blogger few years ago. Memang a keeper recipe. dulu pernah post di sini. Jom kita zaas resepinye lagi yok!

RESIPI RED PEARL COOKIES
Sumber 1 - fieza delights
Sumber 2 - inahar's cooking time

BAHAN-BAHAN :
1 cawan butter
1 cawan gula kastor (sy guna brown sugar)
21/2 cawan tepung gandum
21/2 cawan cornflakes - ramas kasar
1/2 cawan badam keping / badam cincang pun boleh...
1 cawan coklat cips
1 sudu kecil esen vanilla
Ceri merah - potong memanjang sebagai hiasan
1/4 suduteh emplex (sy tambah)

Cara

1. Gaul sebati butter dan gula kastor. . 
2. Masukkan esen vanilla dan gaul lagi.
3. Masukkan tepung gandum, emplex, cornflakes, badam & coklat cips.  Gaul sebati. 
4. Sudukàn dan susun di atas loyang pembakar. 
5. Hiaskan dengan ceri merah.
6. Bakar 20-25 minit pada suhu 170'c.

No comments: