Friday, June 5, 2020

GULAI KAMBING ISTIMEWA

Alhamdulillah menu syawal kami Gulai Kambing istimewa diganding dgn nasi minyak, ayam masak merah serta acar timun. Mrhubby request sebab dah lama tak masak daging kambing. Jom zaas resepi gulai kambing yg sgt sedap ni. Tq Mat Gebu berkongsi resepi marbeles ni.. Jom kita semak resipinye yok!

RESIPI GULAI DAGING KAMBING 
resipi asal - CMG 
sumber - inahar's cooking time
Bahan2 :
800 gram daging kambing dipotong kiub* 
1 camca besar tepung gandum* 
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*digaul rata dan perap 20 minit, cuci bersih dan toskan)
 4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, 
rendam 2 biji tomato, belah 4 setiap 1 
1 keping asam gelugor saiz kecil 
2 camca besar cili kisar 
4 camca besar rempah kari daging (baba's) 
1 camca besar rempah kurma (baba's) 
150 ml pati santan (saya guna santan kotak) 
1 camca besar penuh kerisik 
1 camca besar gula melaka 
Garam secukup rasa
 Air secukupnya
Bahan kisar :
1 biji bawang besar 
4 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih 
2 batang serai, hiris 
2 inci halia 
1/2 inci lengkuas 
1 inci kunyit hidup
Bahan tumis :
4 biji bawang merah kecil, hiris 
2 ulas bawang putih, hiris 
2 tangkai daun kari, dilurut 
1 batang kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
6 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
Cara :
Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari dan rempah kurma, kacau rata hingga menjadi pes. 
Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian, ceduk 2 camca besar pes rempah tadi dan gaul dengan daging kambing yang telah dicuci dan ditoskan.Perap sekejap. 
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang keperangan. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing.
Tambah pes rempah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu..
Masukkan daging kambing. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, biar menggelegak, kemudian perlahankan api dan masak hingga daging 3/4 empuk.
Masukkan kerisik, asam gelugor dan kentang. Kacau rata. 
Bila kentang empuk, masukkan santan dan gula melaka. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak lagi hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan tutup api.

2 comments:

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
http://acuyuhan.blogspot.com/

inahar ali said...

Acuyuhan..tq . SHRMZB juga ye. Nnti akak pi visit blog acuyuhan ye.