Tuesday, May 12, 2009

MEXICAN BUN

Ni lak projek petang tadi..x larat dengar kak ayin bising suh wat roti boy.. dia kata wat per ada BM kalu x tak leh wat roti!! haa amik ko..ish3x! dia bebel lagi semalam dh wat potato bread kegemaran abang jd kali nih kena ikut taste & kehendak dia pulak! adoyaaaii..terpaksala ibu nye wat lagi roti arinih..(walaupun dlm hati sebenonye suka..hihihi..memang nk kejekan cukup2 BM aku nih!! bagi exercise selalu..bior lg power kononnye..muahaha!!)
kali ni resipi cilok kt umah dak hana jepun tu! resipi asal dari lily @myr.. timokacih bebnyk ek.. akak cnp kt umah hana je ye!!

RESIPI MEXICAN BUN


Bahan-bahan ( 17 biji bun )

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau s ehingga bun keperangan.
ada lebihan doh sikit jd kita wat la cinnamon roll lak!! pergh..mmg soft je gitu!! anak2 kata mexican bun ibu wat jauh sodap dari kt pappa roti & roti boy..huhu!! kembang semacam dah ibunye pas kena puji..hehe!!

14 comments:

Chenta said...

herm ...bau dia tersangatle harummm... ok tak pujian saya ? . stop kak..jgn kembang lagi. hahaha

Suzi said...

sedap roti ni kan?...lama dah tak buat...
harum satu rumah....

ain said...

kak Inaaaa....bak le sini sikit. umah kita tak de BM nak buat, nk beli kat kedai byk pulak kndungan bahaya.huhu

Zue Murphy said...

Rajinnya dia membuat bun. Mesti sedap tu. Makan panas panas.

vee said...

bau roti tu sampai ke sini la kak..mcm ada aura plak...
post kat v satu blh...hee..

Big Mamma Bukhari said...

salam...

selamat hari ibu..

sedapnya!! yummylicious..... :-)

Achik said...

wah..angin meroti tgh bertiup ni..
bak sikit mexican bun tu kak..
da lama tak makan nih~

inahar ali said...

linda..hahaha..terlebih sudaaaah!

suzi..mmg sedap tul roti nih! x cukup sampai berebut u!

ain..alaa cian die..meh masuk umah ni..roti dh abis tp xpe akak bg pinjam BM tuh! okay x??hehe..

k.zu..mmg sedap sampai x cukup kak!

vee..sowi ler..roti dh ilek..nnti akak wat baru ek! xpe x penat sbb guna BM kan!hehe..

T..hepi mom's day to u too!

manje..penyakit meroti dh sembuh ke?? huhu..

Jamie said...

Wah sejak ade BM nie..takde ler penat tgn menguli lagi. tapi BM nak rehat gak...
sedapnya roti nak sikit buat breakfast..

MyLilBundle said...

salam kenal dr inahar...
gebus betui mexican bun tuuuu...plg sedap bila mkn panas2 br kuar dr oven! mmg puas ati kan wat sendiri drp beli kt bakery.. ikshhh geram tgk bun akak penuh ngan choc chip :D

NekPP said...

menci menci menciiii..huwaaaaa..psttt pinjam BM boleyyyyyyyyyyyyyyyyy ;p

Anonymous said...

nak cuba ni. selalu beli kat bakery je sbb anak2 suka makan.tq inahar for the recipe

inahar ali said...

jamie..hehe! xpe..vit R akak bukan selalu mai..nnti klu dah maleh..lama la BM tu berehat!

shima..link awak akak x leh masuk la!camna ek??

nekpp..menci tp rinduu..hahaha!!

mamatiara..mesti cuba tau! sodaap sgt..puasati le!

FiDa@aMiDa said...

kak inahar

sedapnya nanti fida nak cubalah :)