Sunday, May 17, 2009

PAU ..



arini..masak nasi goreng sempoi je..maleh nak masak..petang lak pestaim try wat pau..huhu! alhamdulillah menjadi..lembut & gebu gitu! iyola resipi pun amik dr umah cik mat gebu kita yg fofular tu!! timokacih mat..akak cnp je ye!!

RESIPI PAU INTI KACANG MERAH

Bahan-Bahannya :-)

240 g tepung Hong Kong/Tepung halus/tepung waterlily/tepung pau (akak guna tepung biasa je)
1 camca teh Double-Acting baking powder
(akak tersilap guna baking powder biasa sbb x baca betoi2.. tp seb baik naik gebu elok..hehe..mungkin sbb uli guna BM kot..huhu!jgn mare..)
1 camca teh instant yeast

1/2 camca teh garam

25 g lemak sayur (shortening)

100 ml air suam*

30 g gula halus*

1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)

Inti kacang merah secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2


Cara membuatnya :-)
  1. Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  2. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik cling dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  3. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  4. Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bukat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  5. Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba

10 comments:

LiNda said...

huhuh...jeles, memang jeles gilerr !

salah letak baking powder pun pau akak naik gebuuuuus.

notakaki : sib baik tgh layan lagu faizal tahir, cool sikit..

ain said...

memang gebuuu!!!! bak sini 2 3 ketui.hihi

fizan *sew addict!* said...

sedapnya pau! lama tak makan kuih pau ni..makan panas2 la paling nikmat..

inahar ali said...

linda..hahahaha!! kamu ni mmg agresif tul la!! oops..i'm soriiiiiiiii!!

ain..dh licin daah!!huhu..

fizan..betul3x!! syiok woo!!

ZaiY said...

pau tu dahlah gebu, kulit putih melepak, xde jerawat..saham tggi ni..

inahar ali said...

zaiy..hahahaha!!kulit pau lg lawa dr tuanpunya yg wat pau tuh!!

mama diny said...

salam..mak ooii lamanya tak singgah sini, rajinnnya masak, tabik..tabik....kita tgh angin M.............tgh tunggu angin R datang.Kih kih...

rapheydhillo said...

k.ina,
nak jugak pau tu!!!

kakchik said...

salam inahar, best kan org pandai buat pau ni. kakchik ada jg try tp tak menjadi sgt, malu nak letak dlm blog, hehehe. selalu dok beli pau kat KWIKStop je, suami suka yang inti kari ayam

inahar ali said...

mamadiny..salam! alaa akak pun cam mamadiny gak! klu tgh angin M..hampehh!!hehe..

dhill..pau dah licin daah!!tu la lambat sgt mai sini..huhu!!

kakchik..alaa kita pun br pestaim wat nih! seb baik je tu pun jadik..hehe!!