Thursday, May 14, 2009

BLUEBERRY LEMON CHEESETART..


Ni lak blueberi lemon cheese tart..pestaim try nih!baru siap wat ni malam tadi! ikut resipi dalam koleksi sendiri( dari magazine lama..ntah apa?)..mmg rasanye tak mengecewakan...marvelous gituu!!

RESIPI BLUBERI LEMON CHEESETART

Bahan-bahan untuk pastrinya:


250 gm tepung gandum
40 gm gula icing

125 gm butter

1 biji kuning telur

1/2 suduteh esen vanila

sedikit garam


cara-caranya:

Satukan tepung gandum,garam dan gula icing.Campurkan butter dan esen vanila ramas menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti.Kemudian masukkan kuning telur dan uli hingga sebati.Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.


Bahan-bahan untuk filling :

125 gm cream cheese
10 gm butter

30 gm gula kastor

1/2 biji telur

1/2 biji lemon-ambil parutan kulitnya

20 ml whipped cream

bluberi filling/jem

Cara-caranya:

Krimkan cheese sampai licin dan gebu,masukkan gula dan butter ,pukul sampai sebati.Kemudian masukkan telur & whip cream,pukul lagi hingga kembang .

Keluarkan doh dari peti sejuk.ambilkan sedikit doh masukkan dalam acuan tart dan tekan rata mengikut ketebalan yang dikehendaki.Cucuk cucukkan bawah tart dengan garpu dan bakar lebihkurang 10 minit @ sehingga 1/2 masak.Kemudian masukkan cream cheese dan bluberi jem dilorekkan diatas krim cheese. bakar lagi sehingga masak lebihkurang 12-15minit lagi (ikut oven masing2).Jangan terlebih bakar takut intinya merekah dan warnanya tak cantik.

7 comments:

ain said...

rajin betul akak. sibuk2 kat klinik pun masih sempat lg buat cheese tart. say gak le yg maleh memanjang.huhu

siti noriza saleh said...

aduh kak...bab cheese yg tak tahan tu....my peberet....nasib baik kat sini kalau nak beli chese kene masuk pasaraya...kalau ada jual kat dai runcit, cnfrim siti cepat gemuk....

inahar ali said...

ain..akak cuti ni tu yg mcm2 menu kuar..klu keje sok2..mmg x kedapurle jwbnye!hehe..

siti..haha..betul tu! akak pun x selalu mkn cis nih! takut uu!

Chenta said...

kak ina oooo kakkkkk ina,

saja tau nak dera saya ... pas makan tart akak nie sure kena diet . Masaalahnya ..takleh makan sikit2... kalu makan kena banyak2 . baru besh. huhuhu

Anonymous said...

kebetulan ima dok tercari2 resepi cheese tart ni...haa kak ina dah tunjukkan kat sini...ima nak cubalah membuatnya,sebab dah janji dgn anak nak buatkan kuih ni...tapi tak tahu bila....

bila dah tengok yang kak ina punya ni,tak tahanlah pulak rasanya...huhuhu sedapnyaaaaa!!!!

mummyseri said...

kak..kite takat leh telan air liur je la dulu tgk menu akak yg sedap2 nih...:)

Achik said...

kak,
i've loose some weight,
so ni nak pegi buat cheese tart..
yeay..da boleh makan~(takde diet2)