Friday, March 5, 2010

AYAM MASAK TOMYAM

Salam seme..arini sgt sibuk so smpat masak ayam tomyam (request sri & kak ayin) dan ayam masak merah (request abg bani..tp x taruh foto sbb selalu wat ayam merah nih..hehe) serta telur dadar jek.. resipi ayam masak tomyam pernah letak sebelum nih..tp kita copy balik ye!

RESEPI AYAM TOMYAM

Bahan2:


400 gm ayam- dipotong sederhana
1 biji bawang besar- hiris

3-4 btg serai-dititik

sedikit lengkuas-dititik
pes tomyam

4-5 biji cili padi-ketuk aje

3 biji limau nipis-perah jus (ikut kemasaman yg disukai)

3 helai daun limau purut

sayur spt babycorn,cendawan & bunga kobis (xletak sbb xder lam petiais..hehe!)
buah tomato
daun ketumbar

1 liter air (agak2)

garam secukupnya

perisa

cara:
didihkan air kemudian masukkan bawang,pes tomyam,serai & lengkuas. biar mendidih dan masukkan ayam, daun limau purut,cili padi, jus limau nipis.kacau rata bila hampir masak ayam tu bolehla dimasukkan sayur2an,tomato,daun ketumbar,garam & perisa.kacau lagi hingga mendidih dan hidang segera.

4 comments:

cikmanggis said...

wah malam ni lauk Tom yam ayam ya..sedap dan simple ,kita suka sangat!!!

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Kak, hru??? sedapnya ayam! nakkkkk ;)

ain said...

salam kak inaaaa....kita pun mkn tomyam gak semlm, tp bukan kita yg masak, pak cik restoran tahi yg masak.hehe

indahhouse said...

salam kak inahar,
apa khabar? kalu tomyam2 ni, saya amat suka! :)