Friday, October 14, 2011

PRATHA PUFF INTI SEDAP..

Assalamualaikum..arini baru ler dpt menerai pratha paf inti sedap yg begitu diwar2kan sgt sodap di dapur ummi nun di kuantan..tp mmg betuilaa uolss..intinye mmg betul2 sedap siyes wa cakap lu..hehe! resipi asal oleh noreen uk menggunakan pastry puff tp kita pn cam ummi guna pratha segera jenama kawan tu..lg sedap & lebih mengenyangkan..paf pastry tu lbh ringan gebu & berderai2..cepat muak sikit kalu mamam banyak! mekacehh bebanyak wat ummi & noreen 4 sharing..kita cnp resipi ye ummii..lebiuuuu!

SAMOSA DAGING INTI SEDAP

Resepi: Noreen
Dirujuk Oleh: Ummi @ Home Sweet Home
sumber: inahar's cooking time
Bahan-bahan:
  • 1 frozen puff pastry dough - dipotong kiub/kecil (*akak guna onion paratha puff jenama Kawan) -kita guna plain paratha jenama kawan
  • 450gm daging cincang (minced beef) - boleh digantikan dengan ayam atau lamb cincang
  • 2 biji ubi kentang saiz besar - dikupas kulit
  • 1 cawan kacang peas
  • 2 camb minyak untuk menumis
  • 1/2 camt jintan putih (cumin seeds)
  • 1 helai bay leaf - crushed
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu atau dicincang
  • 4 ulas bawang putih - crushed
  • 1 camb chopped/minced ginger - yang siap dijual dalam botol kalau tak ada bolehlah ditumbuk sehingga halus
  • 1/2 camt serbuk lada hitam
  • 1 1/2 camt garam atau secukup rasa
  • 1 camt serbuk jintan putih (ground cumin)
  • 1 camt serbuk ketumbar (ground coriander)
  • 1 camt serbuk kunyit (ground turmeric)
  • 1 camt serbuk cili (chili powder)
  • 1/2 camt serbuk kulit kayu manis (ground cinnamon)
  • 1/2 camt serbuk buah pelaga (ground cardamon)
  • 2 camb daun ketumbar yang telah dihiris halus
  • 2 camb lada hijau yang telah dicincang halus

Cara-cara:
  1. jerangkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam
  2. biarkan sehingga mendidih
  3. kemudian masukkan ubi kentang dan kacang peas (kita x rebus pun kentang tp hanya potong dadu kecil dan tumis terus masa masak inti)
  4. rebus sehingga kedua2nya lembut
  5. setelah itu toskan dan lecekkan kedua2nya sehingga hancur. ketepikan
  6. panaskan minyak di dalam kuali
  7. tumiskan bay leaf dan jintan putih sehingga keperangan
  8. kemudian masukkan bawang besar dan daging cincang
  9. gaulkan rata sehingga daging bertukar warna lebih kurang 5 min
  10. masukkan pula bawang putih, halia dan gaulkan rata
  11. setelah itu masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk buah pelaga dan serbuk kulit kayu manis
  12. gaulkan semua bahan sehingga sebati
  13. masukkan pula ubi kentang dan kacang peas yang telah dilecekkan tadi
  14. gaulkan rata
  15. akhir sekali taburkan daun ketumbar dan cili hijau
  16. gaulkan sebati dan angkat letakkan ke dalam mangkuk
  17. biarkan sejuk
  18. taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai
  19. ambil satu kiub puff pastry yang telah dipotong secara kecil
  20. canaikan menjadi bentuk empat segi (sila lihat gambar di dapur ummi ye)
  21. letakkan satu sudu besar inti dan lipatkan bucu ke bucu (lihat gambar)
  22. basahkan jari dengan sedikit air dan tekankan supaya melekat dan tidak terbuka apabila di bakar
  23. lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking tray yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper
  24. bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga keperangan
  25. bolehlah dihidangkan panas2 untuk minuman petang
note: inti memang sedap. kalau tidak mahu menggunakan puff pastry bolehlah digantikan dengan samosa sheet. cara membungkus ikut suka masing2.

9 comments:

zarin said...

hmmmm bulah di buat jugak ni..but first hv2 buy that instant pratha tuh..jenama kawan ye kak?

Jun said...

kak ina..sedapnya....nnti nk try wat inti tu...seblom try, leh x mintak kak ina punye dulu bg rasa, ahakks!

Liza said...

wahhh sedapnya..biasa Liza buat inti sardin @ inti kari jer..nnt blh try yg ni pulak..

inahar ali said...

zarin..iyela guna brand kawan..kalu jenama lain x sure sedap ke x..hehe!

jun..meh aar mai selayang..leh akak bg setupperware terus..hahaha!!

liza..inti ni mmg btul2 sedap tau..nnti liza try ek..

cik cek said...

sedapnya....tetiba teringin lak nak makan puff ni...

Yat Maria said...

Kak Dr..

very2 very mengancam arr kak.. how r u kak? Akak I kenot access yr blog menggunakan chrome from my house..ni nasib ternampak hapdate akak masa kita kat opis...

inahar ali said...

cik cek..cubala wat..mmg puashati!

yat..la iyeke x leh access guna chrome..nape ek?? ritu mmg ada malware tp pas akak buang link penyebab malware tuh dh okay dh..cuba yat try balik nnti..

Ummi said...

Amvoooiiiii, berkilat2 berkemayooo puff dia...hehe, sedap kan guna paratha puff, lebih kenyang dan x muak...bak sini 2 ketuii Ina cayang oiii :))

inahar ali said...

ummii..mmg betui la ummi lg sedap guna pratha puff nih..tenkiu ye ummi! muaaahh!