Sunday, July 12, 2009

KEK LUMUT


salam..memula sekali i nk minta maaf bebanyak sgt dgn eryn sbb x dapat bertandang ke majlis perkahwinan adiknya di sri gombak arini!! plan mmg nk pergi tp last minute ada sedara lak mai dari jauhh arini & petang lak nk kena masuk keje..to eryn akak minta maaf sekali lg!! tahniah utk adik eryn ye!!
Semalam berjaya wat kek lumut..dh lama kiv dlm list bila tgk ramai kengkawan blogger yg dh wat! mmg sedap banget..tapi kek kita x hijau sgt sbb x cukup kalerla weii..hehe! takpe yg penting sedaapp!! resipi kita cnp dari umah cik mat gebu (resipi asal dari dayang kek lapis) toceh2!!

RESIPI KEK LUMUT


BAHAN-BAHANNYA :-)

250 g mentega
3/4 cawan gula halus

5 biji telur gred A

1 1/2 cawan tepung gandum

1/4 cawan susu pekat manis

1/2 cawan horlicks

1/2 cawan nestum

1/2 cawan seri kaya

1 camca teh esen vanilla
(i tambah esen pandan sekali)
Pewarna hijau secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
  3. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan ikat kelilingnya dengan tali rafia, kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam. Mat kukus 3 jam....

12 comments:

hazila said...

Alahai kak ina, tekak terasa nak makan kek tapi malas betul nak membaking. Kena gi rumah kak ina lah ni...

FiDa@aMiDa said...

salam kak inahar

bestnya..dah lama tingin nak buat kek lumut ni tapi tak terbuat2 bilalah nak buat tu hehehehhe

EJAZARA'S HOME said...

kak ina, awat ni asyik dok goda ngan kek ni. Kita sebenarnya mmg antu kek cuma dah umur mcm gini takut nak mkn lebih2...huhuhu. Tapi bila tgk sedap je ni, mula arr tergoda gek ni....adushhhhhssssssss

Anonymous said...

Makan kek lumut neh sambil minum cappucino macam best jerk... hihihi... lapor plak rasanya :D

Zue Murphy said...

Aduh! Mengancamnya kek lumut ni. Ada horlick ada nestum, gerenti sedap.

Achik said...

kek lumut akak ni memang menawan laaa..
mesti lemak berkrim nih..mesti cuba la pas ni..
tak mau kiv lame2... ;p

syafique said...

sodap nih.. nak try satu !!!

Datin El said...

inahar..ingat nak buat juga kek lumut ni tp tak cukup bahan pulak kat dapur ni..malasnya nak keluar...nak cikit bole.

NekPP said...

alahaaaaaaiiii kinaaa..termengidam ler pulokkkk ahaks..nak mengukussss tuhh mak aiiii..jenuhhh sehhh ekeke ;p

ain said...

sedapkan kak kek lumut ni kan. lemak2 manis gitu. klu mkn selalu mau gumuk maaa...hehehehe.

akak...kita dh ada umah baru. umah lama poblem x leh nk sign in. td baru je 'launch' umah baru tu. senang2 dtg le http://ainismail.blogspot.com

geraugebang said...

Salam, ingatkan tadi, kek lumut, kek sempena buat kat Lumut.

Unknown said...

sedapnye kak...time2 reen tengah .ngidam, ni....nakkk sketttttt