Monday, January 26, 2009

DONUT PESONA

Salam..ni donut wat petang semalam..baru nk enter arini..resepinya diambil dari MyResepi.com
oleh donut. memang lembut & gebu..boleh di wat sejukbeku dan kurang berminyak.tq cik donut!

RESEPI DONUT (cnp je yek..)

Bahan-bahan ( 20 biji sederhana saiz )

  • 3 CAWAN TEPUNG GANDUM
  • 2 SUDU BESAR GULA
  • 11 GRAM (1 PAKET KECIL) YIS
  • 2 SUDU BESAR AIR
  • 3/4 CAWAN SUSU CAIR
  • 1 BIJI TELUR
  • 3 SUDU BESAR MAGERIN/MENTEGA
  • 1/2 SUDU KECIL GARAM
  • 1 TITIK ESEN VANILA (JIKA MAHU)
  • 1 TITIK ESEN ROS (JIKA MAHU)
  • 1 1/4 SUDU TEH PELEMBUT BIO BOSTAN (http://www.resepiniaga.com) - i guna dough softener jenama nona aje

Cara-cara

  1. Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
  2. Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, garam dan PELEMBUT BIO DONUT.
  3. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
  4. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian
  5. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
  6. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
  7. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
  8. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
  9. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
  10. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.

3 comments:

rapheydhillo said...

k.ina,
donut ni ada lembut macam jco or big apple tak?
teringin nak cari recipe jco / big apple sebenarnya..

inahar ali said...

dhill..mmg lembut sgt donut nih samapai sejuk pun..jiran akak kata mak ai..sedap bebeno! cewah..
nnti dhill tryla..akak ada simpan kt freezer tu yg akak dh goreng separuhmasak aritu..klu nak mehla..

inahar ali said...

recipe jco/b.apple dh tentu xde didapat di mana2 kan..rahsia diorang..alaa kita wat cara kitala..my hubby dh kata lepas ni suh akak letak white chocolate & badam sbg topping..mesti terangkat!