Monday, January 26, 2009

CHOCOLATE CHIP MUFFIN

Salam.. setelah terliur melihat fizanordin (resipi asal oleh k.ummi ) sampai 2 kali memasak c.chip muffin nih..akak pun apalagi terus membancuhnya malam tadi(actually awal pagi kul 1.30 am..hehe).memang mudah sangat(xyah guna whisker hanya kacau ngan senduk kayu aje) dan of course sedap!! tq fiza and kak ummi!

RESEPI CHOC CHIP MUFFIN

Bahan:-

* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan serbuk koko

* 1 cawan gula kastor

* 1 sk baking powder

* 1 sk soda bikarbonat
* 1/2 sk garam

* 1 cawan fresh milk
-i guna yogurt + air sikit sbb fresh milk xde kt umah!
* 1 biji telor - pukul sikit

* 1/3 cawan minyak (i guna butter yg dicairkan)

* 1 sk esen vanila

* 3/4 cawan choc chips


Cara Membuat:-

1.Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
3.Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
4.Masukkan choc chips.
5.Sudukan ke dalam muffin cup dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

11 comments:

rapheydhillo said...

k.ina,
nampak bestnye muffin ni. Nak try le bila dah balik kl nanti.

inahar ali said...

dhill..tryla mmg senang wat nye..pakai tangan aje x yah penat2 mencuci mixer tu..

drNO said...

choc chips muffin...always yummy...

inahar ali said...

drno..mmg yummy sesangat..nak kene wat lagi nih!

anatahir48 said...

wah, nampak mcm senang je membuatnya..

kak, ana pun pernah berjaga sampai ke pagi bila buat kek. Time tu lg tenteram..hehehe..tp tkleh amal selalu la, esp esoknya nak bangun g kerja..

LilySara (WanIntan) said...

Salam Inahar,Salam Ziarah juga salam kena,thanks sudi dtg jengok blog Intan,berkenan ler tgk bekas muffin nih...aper nama nyer senang nak suruh Adik kirim dr Mesia...Anak2 memang suka makan coklat muffin tuh ..ambik resepi leh tak...

halen said...

huhu.. muffin coklat cedapnya.
minta seketul dua ble..

inahar ali said...

ana..hehe..besela kt owg pompuan nih kan!

lily..alaa bekas muffin ni beli kt baguz n bake with yen je!eh xkan kt ireland sana x de yg canggih2 nyer?

halen..dah tinggal serdak je..huhu!

Ana Ali said...

kak ina, thanks for stopping by my blog, always a plasure to share thoughts and cooking ideas with others too..

inahar ali said...

hai ana ali..tq jengah umah akak..kita exchange link ye..

yarminee said...

the paste looks thick..will it be like that??