Sunday, November 9, 2014

INSIDE SCOOP CAFE @ BANGSAR

Assalamualaikum..dah lama tak updet sessi JJCM kami sekeluarga kan..hehe! okayla kali ni kitorang telah tanpa dirancang pergi ke Cafe INSIDE SCOOP..iaitu sebuah cafe icecream yg terletak di Bangsar pada hari ahad yg lepas. Tujuan kami pada mulanya adalah ingin menjamu dessert di restoran Dip n Dip tapi bila saja sampai..memang cuak kerana terlalu ramai pelanggan yg sedang beratur menunggu giliran utk memasuki restoran so apalagi terus kami batalkan niat utk ke situ. Sambil berjalan hampa ternampak cafe Inside Scoop ni selang beberapa kedai dari restoran Dip n Dip tadi. Nampak jer menu utama diorang adalah icecream dimakan bersama waffle terus anak2 menjerit happy utk mencuba di cafe ini. Apa yang kita boleh cakap..the ice ream & buttermilk waffle set nya memang tersangat marvelous. Waffle yg rangup diluar tapi sgt soft & gebuss didalam. Perisa icecream yg pelbagai seperti perisa buah2an tempatan macam durian, cempedak, nangka juga rambutan. Perisa seperti teh tarik dan sirap bandung pun ada you! Berpinar mata masa nk buat pilihan. Akhirnya kami telah memilih icecream perisa horlicks, coklat, cempedak juga durian..perghhhh wa cakap lu..mmg mantopp rasanye. Perisa cempedak & durian tu mmg sejibik rasa buah cempedak juga durian..mmg melotups!! 5 star kami bagi..huhu! So korang layan foto2 kt bawah ni ye!

ice cream durian..mmg walla!

 
set waffle bersama icecream cempedak..perghhh terbaekk!  

set waffle bersama icecream horlicks

 
 

tengok licin licau plate kami..huhuu!
So apalagi uolls..kalau berminat boleh terjah cafe Inside Scoop ni di Bangsar ye!
Ni alamat penuh- No. 9, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
ENJOY YA!! DAA..

2 comments:

Unknown said...

asalam doc, wah licin tu selicin2 nya aiskrim dans segalanya tkpe tak membazirkan heheee

inahar ali said...

Kaknoor..hahaha..mmg gaya owg laporr cenggitula..tp tak dinafikan keenakan eskrem n waffle kt sana tau k.noor..super marvellous!