RESIPI AYAM GORENG KUNYIT
sumber - inahar's cooking time
Bahan2:
500 gm isi ayam - potong sederhana kecil
2 biji bawang besar- potong bulat
3 biji bawang putih- potong nipis
1/2 inci halia - potong nipis
10 biji cili api - ikut kepedasan disukai
cili merah hidup-potong nipis
sedikit kacang panjang (tak letak sebab tiada stok)
kunyit
garam secukup rasa
perisa-jika suka
sedikit cuka
minyak untuk menumis
Cara-
Isi ayam digaul dgn garam serta kunyit dan perap seketika. Panaskan minyak kemudian goreng ayam dgn api yg besar. Kacau ayam supaya ia masak rata dan tidak hangus. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan cili dan goreng seketika. Akhir sekali tambah sedikit garam (hati2 takut terlebih masin), perisa dan cuka. Kacau sebentar dan tutup api. Boleh diangkat dan hidang. Mudahkan!
6 comments:
Ada ayam goreng ni... ada sup... dah cukup... laju je menyuap. Anak-anak skrg... lauknya ayam je... kalau takde ayam... panjang muncungnya...
Pn doc ina walau masak simple mana pun mesti turunkan resipi kt kami ya. Sebab walau simple mesti ada kelainannya. Tengkiu tengkiu tengkiu
Kaksweetie..xtau nape ek..ayam ni mmg dh jd menu wajib anak2..klu xder ayam mmg kurang laku sikit lauk kt atas meja tu kan..
Anonymous..sama2 ye! Terimakasih juga kerana berkunjung ke dapur saya. Mmg tujuan berblog ni pun adalah utk berkongsi resipi dgn ikhlas. Sgt gembira klu ramai yg mencuba. Million thanx again!
ni la lauk simple yang sedap, makan ngan nasik panas mmg selera abis...
Huda..iye mmg betui tu..makan ngan nasi pepanas..perghhhh wallaa!
Post a Comment