Wednesday, November 5, 2014

AYAM GORENG KUNYIT

Assalamualaikum..hollaa! pekabo semua? Moga semua kita sihat sejahtera dan dirahmati olehNya selalu..insyaallah Amiinn! Ni menu 2 hari lepas, ayam goreng kunyit menu paling sempoi kegemaran anak2. Simple yet delicious! nomm..nomm! Nak juga ke resipi? uisshh mestila kan Pn Doc tgh rajin nk menaip ni so jom kita zaas resipi yang mudah ni..

RESIPI AYAM GORENG KUNYIT
sumber - inahar's cooking time

Bahan2:
500 gm isi ayam - potong sederhana kecil
2 biji bawang besar- potong bulat
3 biji bawang putih- potong nipis
1/2 inci halia - potong nipis
10 biji cili api - ikut kepedasan disukai
cili merah hidup-potong nipis
sedikit kacang panjang (tak letak sebab tiada stok)
kunyit
garam secukup rasa
perisa-jika suka
sedikit cuka
minyak untuk menumis

Cara-
Isi ayam digaul dgn garam serta kunyit dan perap seketika. Panaskan minyak kemudian goreng ayam dgn api yg besar. Kacau ayam supaya ia masak rata dan tidak hangus. Masukkan bawang, bawang putih, halia dan cili dan goreng seketika. Akhir sekali tambah sedikit garam (hati2 takut terlebih masin), perisa dan cuka. Kacau sebentar dan tutup api. Boleh diangkat dan hidang. Mudahkan!


6 comments:

sweetie said...

Ada ayam goreng ni... ada sup... dah cukup... laju je menyuap. Anak-anak skrg... lauknya ayam je... kalau takde ayam... panjang muncungnya...

Anonymous said...

Pn doc ina walau masak simple mana pun mesti turunkan resipi kt kami ya. Sebab walau simple mesti ada kelainannya. Tengkiu tengkiu tengkiu

inahar ali said...

Kaksweetie..xtau nape ek..ayam ni mmg dh jd menu wajib anak2..klu xder ayam mmg kurang laku sikit lauk kt atas meja tu kan..

inahar ali said...

Anonymous..sama2 ye! Terimakasih juga kerana berkunjung ke dapur saya. Mmg tujuan berblog ni pun adalah utk berkongsi resipi dgn ikhlas. Sgt gembira klu ramai yg mencuba. Million thanx again!

huda said...

ni la lauk simple yang sedap, makan ngan nasik panas mmg selera abis...

inahar ali said...

Huda..iye mmg betui tu..makan ngan nasi pepanas..perghhhh wallaa!