Tuesday, November 18, 2014

TELUR MASAK KURMA

Assalamualaikum..baru sempat nak updet resipi telor masak kurma ni yang dimasak minggu lepas utk digandingkan makan dgn ayam masak merah dan nasi arab. Resipi ni pun sangat mudah dan digemari suami juga anak2. Jom kita zaas resipi sempoi ni..

TELUR MASAK KURMA
resipi - inahar's cooking time

Bahan:-
  • 5 biji telor yang telah direbus dan dikupas.
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • sejemput ikan bilis*
  • 2 cm halia * (bahan * ditumbuk@kisar)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 2 cawan santan 
  • 2 biji cili merah/hijau di potong separuh
  • 2 biji bawang besar - belah 4 atau 6
  • 1 asam keping
  • garam & gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara :-
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi.
  3. Kemudian masukkan santan. Perlahankan api dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan telor dan masak hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan asam keping, bawang besar, cili, gula dan garam. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan siap bolehla dihidangkan.


14 comments:

Unknown said...

sealu buat samballllllllllll je sesekali masak korma kan sedap kan doc...

tun_telani said...

Salam kak ina.. nnti cuti sekolah musim kawin mmg sesuai la wat resepi nih.. biasa byk telur rebus xtau nk wat apa.

Gee® said...

Waaa... dh lama tak makan kurma... sedap tu...

inahar ali said...

kaknoor..betui tu..asik sambal jer sesekali try msk kurma atau kari telur. mmg sedap!

inahar ali said...

Tun..wasalam..iyela kan musim owg kawen asik masak telur pengantin jekan..hehe!

inahar ali said...

gee..shekal-shekala mamam msk kurma mmg sedap tp xleh wat selalu..muak pulak ek!

Anonymous said...

Akak rasa tak dan buat kurma tu sb org kt rumah ni suka bebenor telur rebus. Klu g org kawen dapat telur rebus dalam keta lagi dh selesai..hihi

mummyseri said...

Assalamualaikum kak , slalu msk ayam je pasni bole try tuka telo plak..betul lah mcm tun ckp tu hehe kite kumpul telur org kawen , coti skolah dah nk tibe ni byk jemputan tu nnt ...

inahar ali said...

Anonym..hahaa..iyela kak bebudak mmg ramai suka telur rebus..anak2 sy suka mkn sandwic roti telur rebus mayo tu..mmg sekejapan licin..hehe!

inahar ali said...

Mummyseri..wasalam..lama tak bertegur sapa kan..pekabo? Hehe..mmg betui musin owg kawen musim telur rebus beranakpinak..so kena cuba pelbagai resipi telur nnti tu.

naleśniki said...

I bet this is so good! These flavors are perfection!

sweetie said...

Lauk di dewan asrama sekolah saya dulu setiap hari jumaat. Manisnya bila teringat suasananya tika itu.

inahar ali said...

Nalesniki..thnx ya! Do try out the recipe..

inahar ali said...

Ksksweetie..iyala kak ms sy dok asrama sek dulu pun mesti ada lauk kari atau kurma telur kan..hehe!