Monday, July 11, 2011

CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFIN


Assalamualaikum..bertemu kita di petang isnin yg agak bizi bg ku..ekceli kita dh stat bertugas kembali minggu nih..klinik agak sibuk cuma petang ni ciluk2 updet entry. muffin ni wat sekali masa celebrate besday kak ayin aritu..resipi nmpak kt dapur izah..resipi asal dr allrecipes.com. mmg sgt puashati hasilnye ..gebuss but yet very moist!! kalu izah bg 5 bintang akak pulak nk bg 6/5 bintang..hahaha! mmg marbeless sgt!(dulu pernah wat choc cip banana muffin resipi chefwan kt sini..pun sedaap! uolss leh gak try ye!) ...izinkan akak cnp resipi ye izah..lebiuuu!

CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFIN
resipi: allrecipes
sumber1: izahdaut

Bahan-bahannya:

1 3/4 cawan tepung serbaguna* gandum
3/4 cawan gula *kurang ke 1/2 cawan
(kita guna 3/4 caw brown sugar)
1 teaspoon baking powder

1 teaspoon baking soda

1/2 teaspoon garam

1 biji telur* saya guna M

1/2 cawan minyak * saya kurangkan 1 sudu

1/2 cawan plain yogurt * @1 cup yogurt(1 bekas yogurt 140ml) tu bersamaan 1/2 cawan

1 teaspoon vanilla extract

1 cawan pisang lecek

3/4 cawan semisweet chocolate chips


Caranya: (Cara izah)


1. Dalam mangkuk yang besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam. Kemudian masukkan gula dan chocolate chip. Gaul rata
2. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, telur, yogurt, pisang dan essence Vanilla. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan adunan pisang ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul sekadar bersatu sahaja.
4. Sendukkan ke dalam paper muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.


Nota: Saya gaul adunan ni sekejap aje sekadar bahan bahan tu semua rata. Adunan muffin yang terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras, bantat dan tak gebu. Yang penting pastikan tepung yang diayak dikacau sebati bersama baking powder, garam, gula dan soda sebelum dimasukkan bahan basah.

12 comments:

HomeKreation said...

Salam Ina cayang. Mapin kita dh abis, nak ngorat mapin kat sini pulak...hehe

izahdaut said...

Kak doc ... Memang best mapin ni. Bila nampak akak buat mcm trasa2 je kat tekak ni. Hehe.. Makan masa pas kuar oven tu.. Peehhh mmg best!!!

Mieza said...

terliurrrrrrrrrrrrnya kak ina...mieza suka sgt dgn muffin2 yg moistttttt ni...nak seketul dua nak buat bekal gi kerja esok kak ina lehhhh??

Nieza said...

sedapnya..lama tak buat muffin ni...malas sama sebenarnya tunggu angin rajin la nanti...hehe

kak ina kl said...

nasib baik tak terjangkit sebab kalau buat muffin anak tak gemar sangat..lama tak borak dengan kamu ek

ady said...

as-salam
npk gebu muffin tu..npk sedap..dah lama tak buat muffin..kalau buat ni mesti anak2 suka..

openid said...

Salam kak Inahar,
6/5 bintang? wah kena masuk list ni... sedapnye nampak. kite suka kalau ada choc chip gitu gitu. hehehehe
Ijan

Deliah's Deli said...

masuk list ni kak..erm,tp klu guna tepung kek nak letak baking powder n soda tak? *ada tepung kek yg lama x guna,takut rosak plak :))

Nuraa said...
This comment has been removed by the author.
CitarasaKu said...

As salam...sedapnya dapat makan muffin pisang takala hujan. Cantik dan gebu nanti izinkan saya coy resepi ye.

MamaFaMi said...

Sedapnya kalau dapat minum petang dengan secawan teh... mmmm....

Norasikin said...

Saya pun bak bg 5 bintang gak