Sunday, July 10, 2011

CHILLED OREO CHEESECAKE


Wokehh..ini chilled oreo cheesecake di buat sempena menyambut kelahiran my doter kak ayin ke 15 thn pd 7/7/2011 yg baru lalu.tp majlis sambutan nye hanya diadakan pd esok harinye (hari jumaat lepas).alaa majlis makan kecil2an jek..pepun chilled oreo cheesecake nih mmg mendapat pujian semua sbb tersgtla sedapnye..cukup lemak berkrim disukai ramai..perghh!! resipi diambil kt dapur Kak Aidah..resipi asal dr Rinn..thnx to both for sharing ye! izinkan kita cnp resipi ye kak aidah! muaahh..jom zaas resipi!!

RESEPI : CHILLED OREO CHEESE CAKE
RESIPI : RIN - KLIK SINI

sumber1: kak aidah
sumber2: inahar's cooking time
Bahan-Bahan

Untuk base :

  • 120gm biskut oreo (original flav.) - buang/ketepikan creamnya dan hancurkan (kita guna 200 gm oreo)
  • 70gm unsalted butter - dicairkan

Untuk Filing

  • 250gm (8oz) Philadephia cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
  • 200gm whipping cream - thickened cream pun boleh guna
  • 70gm gula kastor (1/3 cup) (kita guna 1/2 cup)
  • 1.5 sudukecil esen vanilla dalam bentuk serbuk putih - sy guna yg liquid punya
  • 1 sudu besar gelatine dilarutkan secara 'double-boil' dgn 30ml air - larutkan didalam microwave je
  • 40ml jus lemon - sy guna sour cream sebanyak 3 sdb (kita guna satu bekas yogurt 140ml)
  • 5 - 10 keping biskut oreo (tak perlu buang krimnya) dipatah-patahkan (kita buang krim)

Cara membuatnya ( ikut cara Rin setelah mencuba beberapa kali)

1. campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang dihancurkan - gaul mesra kemudian ditekan-tekan padat ke dalam loyang 7 inci (sy guna loyang 8 inci) yang telah dilapik dengan aluminium foil. simpan di dalam peti sejuk seketika.

2. di dalam bekas sederhana besar, putar whipping cream pada hadlaju yang perlahan ( jangan terlebih putar speed laju) sehingga 'stiff-peak' sedikit. kemudian simpam di dalam peti sejuk.

3. di dalam bekas yg besar, putar cream cheese bersama gula kastor sehingga mesra dan lembut, masukkan jus lemon/sour cream, gelatine cair dan serbuk vanilla...putar lagi hingga sebati.

4. campurkan whipping cream tadi ke dalam adunan cream cheese dan masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi. tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan.

5. sejukkan/freezerkan adunan cheese cake tadi di dalam peti sejuk selama lebih kurang 4 jam, atau hingga benar2 sejuk dan keras. kemudian boleh dihidangkan.

*** untuk hiasan di atas boleh dihiaskan dengan serbuk biskut oreo atau biskut oreo itu sendiri.
**** Mengikut Rin sekiranya menggunakan loyang 8 inci boleh lah doublekan measurement tu cuma whipping cream nya cukup sekadar dalam 250 ml je. Next time memang sy nak buat kasi tinggi sikit. Memang confirm buat balik ni , sebab sedap dan anak2 pun suka sangat.

20 comments:

Deliah's Deli said...

happy bithday kak ayin..sedapnya kek mama bt! :)

inahar ali said...

thnx del 4 the wish! mmg sedap ciskek nih..sekali hadap jek licin..huhu!

Yatie said...

Happy Belated Birthday Kak Ayin....uwaaa ada kek speciallah dari mama..cantik kek tu..terliur je tngk...

AZLINA said...

Hepi Belated Birthday but si manis Ayin...cantik & meleleh air liur tengok kek yg mak buat tu...

Abiggaill said...

Perghh! terliur. gluppp!;]

Mieza said...

kak inaaaaaaaaaa sedapnya cis kek ni kak ina time hr panas nih...mcm ni secret recipe tutup kedai la kak...nak seslice!

garlutti said...

Ia lawatan pertama saya dan gembira untuk menemui blog anda .. saya ikut .. Saya suka resepi yang berlainan dari apa yang anda selalu belajar .. Saya menjemput anda untuk berkongsi resepi saya dan blog ... .. Salam dari SPAIN Vigo Marimi

Sizuka said...

k.ina!!! I want satu bijik! takmau satu slice sebab tak cukup :D

ilahjy said...

happy birthday ayinnn...bertuah anak ibu kerana ibu pandai buat kek..cantik kejadiannya..tabik springggg...

anymz said...

happy belated bday ayin...oh anak doc sebaya dgn anak bongsu akak..pun masa bday dia hari tu akak buat oreo cheese cake gak..tergoda lagi tengok kek ni..

Nur-nba said...

Salam... Happy Birthday buat Ayin.. Good luck in PMR.. Kek tu nampak sedap yang amat.. Nak sikit boleh? hehe..

zarin said...

happy b'day to ayin...
kak ina...nak satu slice buleh? hihi

~Sunshine @niE~ said...

kenapa..bile saya buat kek ni,bhgian filling dia x naik langsung...?

Wanieyra said...

Selamat hari jadi buat ayin.....

Acik Erna said...

Happy birthday ayin..dalam sibuk2 pun puan doc boleh buat cheese kek untuk hari jadi anakandanya..

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
inahar ali said...

thnx everyone for the wishes..muaaahh!

Unknown said...

happy belated birthday ayin...wahh bertuah dia mama dia buat kek sedap tu...:)

~Sunshine @niE~ said...

salam...
resepi tu dpt dr blog len tp same je bhn2nya cuma resepi tu x pkai whip cream..

oo, mungkin sy punye loyang bsar sangat..nati sy try akaknye resepi plak la..

tq..

Nur-nba said...

Cheese cake ni pun masuk dalam waiting list.. Cantik kek akak, macam beli dari kedai.