Tuesday, October 19, 2010

STRAWBERRY CAKE


Salam bertemu kita di tgh malam nih..baru mandi pas balik keje..hehe!! sebelum titun..nk post entry kek besday nih jap! kek strawberry ni wat ahad semalam for my youngest lil brother shafiq yg menyambut harijadi ke 15 tahun genap hari nih..sama umur ngan anak sulongku abg bani..(geng baik pak sedara n anak sedara tau!hehe)..tp celebrate awal sikit sbb hari cuti leh masak2 sikit wat jamuan keluarga jek! utk adikku shafiq..moga sentiasa menjadi anak yg soleh dan disayangi semua ahli keluarga terutama mak & bah..coz you will always be their lil babe utk selama-lamanye! be a good boy always...lebiuuuuu!!
Resipi kek strawberry ni guna resipi
sponge cake yg biasa guna dari sweet4ever@myR, leh tgk kt sini , ada gak dulu guna resipi lain kt sini..pepun kita cnp balik la ek!

KEK SPAN STRAWBERRY

Bahan-bahan
  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor A
  • satu sudu besar ovalette
  • 80ml jus oren (akak ganti ngan susu segar)
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh parutan kulit lemon(x letak pun)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh strawberry emulco + sedikit strawberry flavour
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan susu,parutan kulit oren dan emulco serta strawberry flavour...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
  6. Bila sejuk boleh hias ikut suka..akak guna whipped cream dan buah peach serta almond nibs sbg hiasan.
(kita x lengser @ alas kertas pd tin kek utk memastikan kek kekal tinggi iaitu tidak kempis atau jatuh bila diterbalikkan!)

7 comments:

Jamie said...

Sedapnya kek tu..nak sepotong.
happy birthday to ur little brother, moga jadi anak yg soleh..

Watierman, rmanbkr said...

hAPPY bIRTHDAY FOR The TWO Gentlemen........semoga mendapat keberkatan dalam hidup....dan sentiasa menjadi insan yang taat pada perintahnya....Amin!

Ida Ddapur said...

emm...nmpk sedap dan cantikkk la dr...ramai yg telah guna resepi kek sweet 4 ever ni..gebukan
Hepi B'day to ur boy...

fara dean said...

hepi buffday to ur lil brother..
kak ina mmg boleh buka kedai la..mmg nampak sedap!! krim tu nmpk fresh!

Deliah's Deli said...

salam kakak Dr...rajen tul la Dr ni...dah la cantik cake die...tgk pun tau sedap...:p~

Deliah's Deli said...

oopppssss...happy birthday to yr brother :))

hasni said...

kak!
nak satu slice plisssssss