Sunday, October 17, 2010

NASI MENTEGA KISMIS


Salam berhari minggu..nasi mentega ni wat semalam..selalu guna resipi sendirik jek..leh tgk kat sini tp arini try resipi CMG..ganding ngan lauk ayam goreng berempah, ayam masak merah & acar timun..sedap! thanx mat akak cnp resipi ye!

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. (kita guna beras siam wangi)
5 cawan air

1 cawan susu sejat
"IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)

2 camca besar mentega

Garam secukup rasa

1/3 cawan kismis


BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris

1 batang serai, dititik

1 helai daun pandan, disimpul

1 inci halia, hiris nipis

1 kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga


BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  2. Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  3. Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemeran. Selamat mencuba..

8 comments:

sonata anak kancil said...

senang resepi ni...boleh cuba satu masa nanti! tk

Mas said...

sedapnya tengok nasi mentega akak....

PearlnScarf said...

kelass la nasi mentega akak...

aidah said...

Salam Ina,
wah sedapnya nasi mentega tu, by the way kek serikaya sarawak tu ada lagi ke? Mintak sikit leh

inahar ali said...

sonata..mmg sgt senang resipinye..nnti cuba ye!

mas..sedap nnti mas try la ye!

fiza..mmg kelass uu! thnx che mat..hehe!

k.aidah..alahai lambat no dtg..kek pun dh abiss sudaaa!! hehee..

Deliah's Deli said...

salam kakak Dr...mkn nasi jer pun dh sedap ni :)

kak Erna said...

salam dr ina..cantiknya..berkilat je rupa nasinya..
mau buat nanti ni..akak memang suka mencuba resepi nasi..dah macam2 nasi akak buat..alhamdulillah..menjadi..dan sedap..
akak nak cuba nasi ni nanti ye..terima kasih..

inahar ali said...

deliah..nasinye mkn kosong pun mmg sodap!

kakerna..cuba jgn x cuba ye!!