Wednesday, October 8, 2014

GULAI KAMBING ISTIMEWA AIDILADHA

Assalamualaikum..terlebih dahulu ingin mengucapkan Salam Aidiladha buat semua rakan2 juga pengunjung setia blog ini. Sempena menyambut perayaan aidiladha yang lalu..kami sekeluarga hanya menyambut secara sederhana di rumah bonda. Kita sempat memasak lauk ayam masak merah, gulai kambing istimewa juga acar nenas yang di hidang bersama nasi hujan panas serta daging beriyani & daging masak bamia yang dimasak oleh bonda serta adinda2ku tercinta. Gulai kambing istimewa ni di olah hasil resipi oleh CMG..mmg mantopp! Mekaceh Mat berkongsi resipi yg enak banget ni. Jom kita zaaas resipinye..

RESIPI GULAI KAMBING
resipi asal - CMG
sumber - inahar's cooking time

BAHAN-BAHANNYA :-)

800 gram daging kambing dipotong kiub*
1 camca besar tepung gandum*
1 biji limau nipis, perah jusnya*(*digaul rata dan perap 20 minit, cuci bersih dan toskan)
4 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
1 keping asam gelugor saiz kecil
2 camca besar cili kisar
4 camca besar rempah kari daging (baba's)
1 camca besar rempah kurma (baba's)
150 ml pati santan (che mat guna santan kotak)
1 camca besar penuh kerisik
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai, hiris
2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari dan rempah kurma, kacau rata hingga menjadi pes. Tambah sedikit air jika perlu. Kemudian, ceduk 2 camca besar pes rempah tadi dan gaul dengan daging kambing yang telah dicuci dan ditoskan. Perap sekejap.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum dan bawang keperangan. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah pes rampah, kacau dan masak hingga rempah garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu..
  3. Masukkan daging kambing. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, biar menggelegak, kemudian perlahankan api dan masak hingga daging 3/4 empuk. Masukkan kerisik, asam gelugor dan kentang(toskan). Kacu rata.
  4. Bila kentang empuk, tuang santan dan masukkan gula melaka. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak dengan api kecil hingga mendidih. Kacau selalu. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti..

10 comments:

mayangbakingmadness said...

wah kambing lagi ... mmg feveret le...

sweetie said...

Buat korban kambing ke

Unknown said...

aduh sedapnya doc gulai kambing ni pekat likat memikat lah

inahar ali said...

Mayang..mmg kitorang tgh demam kambing..hehe!

inahar ali said...

Kaksweetie..takderla kak..ni kambing masak atas permintaan cikabe..tgh demam kambeng la katanye..hahaa!!

inahar ali said...

Kaknoor..mmg sedap resipi cmg ni..meme pekat likat memikat..hehee!

Rohah said...

kakkk....resepi kambing hari tu pun masih blm dicuba,akk dah muncul lg dgn respi baru...cantik hasilnya tu,terliur

inahar ali said...

rohah..hehe..cepat operasi rohah sebelum kempunan..huhu!

Amie said...

oh...! enak banget nih... kalau di rumah kami kamben memang fav, kalah lembu... anak-anak suka kamben.

inahar ali said...

Amie..samala ngan family akak..cikhubby ngan anak lelaki akak mmg hantu kambenn..hehe!