Thursday, July 26, 2012

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU



Assalamualaikum semua..alhamdulillah hari ni first time pn. doc dapat berbuka di rumah setelah 5 hari terpaksa berbuka di klinik kerana bertugas..arini cuti sehari bolehla kita masak2 utk family tercinta kan..ayam perap masak merah madu ni dh pernah buat few times sebelum ni.. resipi dh ada kt sini.
anak2 cukup suker ayam masak merah tp ayam yg ni berbeza sikit sebab ayam tu diperap ngan rempah sedikit sebelum digoreng..so rasanye pun sedikit berempah..kalu uolls nak kelainan resipi bolehla mencuba resipi ini ek!


AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
resipi : Majalah SAJI

sumber 1: ummi

sumber 2: inahar's cooking time

Bahan:-

  • 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
  • 2 sb. rempah kari ayam
  • 1 sb. serbuk kunyit
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
  • 5 sb. madu
  • 1 sudu besar gula merah
  • 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)-kita guna sos tomato kimball 5-6 sb.
  • garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
  1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
  2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
  4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
  5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
  6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
  7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.                                                                    

7 comments:

Rohah said...

wah kak,sedapnye kalau makan ngan nasi minyak..

inahar ali said...

rohah..mmg sedap kalu dpt nasi minyak tp akak mkn ngan nasi putih jer pun dh sodap!

Bicara Kak Noor said...

akak dah tergoda tengok ayam masak 2M ni doc apa lagi bila nampak cili padi yg tegak ja kat atas ayam tu menyenyat jugak kalau tergigit kan heee

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ina..
Sedap tu kak...Ha ah kan kak..Makan dgn nasi minyak lagi sedapppp

inahar ali said...

kaknoor..hahaha camner lah cili padi tu leh tegak berdiri tu ek..mesti pedas menyengatla tu kan..hehe!

sue..mmg pon..nnti sue tryla resipi ni ek!

Aymy With L♥ve said...

Salam kak... Miss u la... ehehehe... Tak pernah buat jugak ayam masak merah mcm ni... nanti boleh cuba sbb ayam masak merah pun mmg laku dlm rumah ni... :)

inahar ali said...

Aymy..miss u too!! Nnti aymy tryla ek resipi ni!