Sunday, May 16, 2010

KARIPAP @ EPOK-EPOK DAGING



Ni lak karipap daging..goreng pagi tadi! resipi sendirik je..

RESIPI KARIPAP DAGING

Kulitnya
2 cawan tepung gandum
marjerin cair + minyak (lbhkurang 1/4 cawan jumlahnya)

air suam + garam secukupnye


Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang minyak/marjerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu buatkan bola-bola kecil drpd adunan tadi sebelum dicanai dan dibubuh inti. goreng dgn api kecil sahaja hingga keemasan warnanya.

Inti Kentang daging
4 biji kentang (kupas kulit, didadu kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)

2 sudu besar rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)

250 gm minced meat
secukup
minyak untuk menumis
garam

gula

perisa

sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar


Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.

12 comments:

mama-D said...

Salam kak Ina..pekabar kak?? D dtg nk tuntut karipap nie..ade lg x?? hehehe

cikmanggis said...

alamak..teringin nak makan epok epok ni...lama tak buat..jap nak nengok ada bahan tak...sedapnya inahar!!!

honey amour said...

nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

kd-gardens said...

emmmm nampak best sangat......nakkkkk sket!

inahar ali said...

D..wsalam..akak sihat alhamdulillah! sowi karipap tinggal inti jek extra lam peties tuh..hehe!!

cikmanggis..wat sendirik mesti ler sedap & puashatikan CM!

honey..alamak dh abiss sudaaaaaa!!hehe..

kd-garden..alaa dh abih..tinggal inti extra jek!! nnti cubala resipi akak nih ye!

aidah said...

Salam Ina,

kalau kat pantai timur ni karipap rupa tu they all panggil temosa, tapi selalunya inti ikan macam serunding ikan tu, tapi anak2 kurang minat, karipap biasa lagi best kata mereka

3 hungry tummies said...

comelnya karipap ni, mintak 2 boleh? :)

Anonymous said...

salam kak ina...yum yum sedapnya karipap tu...memang fav ima,hari2 karipap pun tak pe,dulu pernah sekali cuba buat karipap sendiri...tapi sayang tak menjadi...sampai sekarang tak pernah cuba lagi...huhuhu

CT Delima said...

salam ina sayangggg!! rindu banget ni.sama kamu hehehe. Aduhhhh....sedapnya kena karipap petang2 ni. ct suka makan, tapi x gemar nak kelim2 hehehe. tapi kalau dah nak makan sangat, kenalah merajinkan diri gak.

ct harap ina sihat2 selalu ya...miss you dear *hugs*

inahar ali said...

aidah..haahler..kt johor pun karipap bulat nih kitorang panggil tembosa!tp inti cam bese jek!mmg feveret tul karipap nih!

hungrytummies..sowi dh abih dah..hehe!!

ima..nnti ima tryla resipi akak nih lak!mana tau jadi kan..hehe!!

ct..kita pung windu gaakkss!! insyaallah kita sihat sokmo..sekali sekala mengelim boleh la kaann..!!

rapheydhillo said...

k.ina,
ur karipak nampak sgt crispy.. buat sy bersemangat nak buat je!

inahar ali said...

dhill..cepat wat sementara tgh bersemangat tuh..hehe!!