Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU!


SELAMAT HARI IBU TO ALL MOTHERS OUT THERE!
Puisi ni kita nk tujukan kepada semua anak2 yg punya IBU. Sumber dari FB Dr Zabidah (
drzeze)..thnx drzeze 4 sharing this touching poem!

UNTUK ANAK2 YG PUNYA IBU


Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata…memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak

Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak

Bila nakal, yang memarahi aku…. mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan …. mak

Bila sedih, aku mesti talipon…. mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “

Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak

Bila ada masalah, yang paling risau…. mak


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak

Yang selalu berleter kat aku… mak

Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak


Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku

Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat….. emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku

Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

Tapi kalau mak sudah tiada….. …..MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….


di sini juga kita nk ucapkan timokacih bnyk2 wat seme teman2 yg menghadiahkan kad serta award2 yg cantik banget kat bawah ni.

dari maz

dari azathie












dari aziemas


7 comments:

indahhouse said...

salam kak inahar,
Selamat hari ibu.. :)

ain said...

happy mother's day utk kak Ina. semoga sentiasa dlm rahmat Allah. semoga kita akan jd ibu yg solehah dan anak yg sentiasa mengenang jasa ibu hingga akhir hayat!

Deliah's Deli said...

salam kak, suker sgt2x puisi tu...thanks!happy moms day to u too kak :)

LiNda said...

Alaaa... touching sungguh poem itu . huhuu

Kak Ina sayang . Selamat Hari Ibu . Saya percaya anak2 kak ina tentu bangga punyai Ibu yang cantik , penyayang and pandai memasak .

Moga kita menjadi Ibu yang terbaik for our fmly .

muaaaah !!!

Nida said...

Selamat Hari Ibu.. dan semoga terus masak2 yang sedap2 utk anakanda2 tercinta :)

♥LOVE2COOK♥ said...

Happy Mother's Day dearie...

I think it's not too late for me to take ur card! hehe...pls accept mine too..;)

mummyseri said...

salam kak ina,
slmt hari ibu buat akak;)
best puisi yg akak kongsi tu..