Saturday, June 6, 2009

PANDAN SLICE CHEESECAKE


Dah lama teringin nk makan slice ciskek kt umah dak hana tuh! arini try wat..alhamdulillah menjadi..perghh!! mmg sedap u..x berapa manis, lembut, gebu dan tak muak bila makan..leh bertambah2 lak!! resipi asal dari ros aka onigiri! tq hana & ros ye! as usual resipi akak cnp je dr umah hana ye..sowiiiiii!!

RESIPI PANDAN SLICE CHEESECAKE

Bahan-bahan
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila
  • sesudu kecil perisa pandan@pandan emulco
  • pewarna hijau
Cara-cara
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.*hana masukkan sesudu kecil perisa pandan n pewarna hijau. kacau.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

8 comments:

سيتي هدايه said...

mase na bakar cheese cake ni kan, perlu kew kita letak air kat bhgian bawah nye?

Anonymous said...

Lembutnye...nampak macam kek chifon yg gebu tu..

Zue Murphy said...

It looks good. I bet the taste is good too.

inahar ali said...

siti..haah..mesti letak air kt bawah so that kek tu akan lebih moist!!

ijan..tryla resipi ni! amat memuaskan hati..!!

k.zue..mmg sgt sodaaapp!!

rapheydhillo said...
This comment has been removed by the author.
rapheydhillo said...

k.ina,
nampak sgt sedap.. tp bila part nak kena asing telur tu saya malas sikit.. selalu buat kek yg simple2 je..

Achik said...

akak,
mintak sikit kek ni..
ade lagi tak?
huhu~

inahar ali said...

dhill..haha..besela tu! akak ni pun tetiba je terajin nk wat sbb dh berangan lama nk merasa kek nih!

manje..ada lg cikit lam esbok tu ..mehla masuk mamam!!hehe..