Friday, March 27, 2026

Udang Masak Lemak Tempoyak Petai

Assalamualaikum..arini kita kongsi menu istimewa iaitu Udang Masak Lemak Tempoyak Petai. Bila tengok Khairul Aming masak menu ni aritu memang terus kita gi cari bahan2 nak masak udang ni. Tapi kita guna resepi campak2 jer dan bagi berkuah sikit..Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Jom kita zaas resepinya yok..

RESEPI UDANG MASAK LEMAK TEMPOYAK PETAI
Sumber - inahar's cooking time

Bahan2:
500 gm udang
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit
10-15 biji cili api (ikut suka banyaknye)
Sejemput ikan bilis
Santan secukupnya (kita guna 2 peket santan segera dan bancuh dgn air secukupnya)
5-6 sudu besar tempoyak
Petai
2 batang serai
Asam keping
Daun kunyit - hiris halus
Garam & gula secukupnya
Perisa (optional)


Cara:
Bawang, cili api, kunyit dan ikan bilis ditumbuk@blender halus. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan ditumbuk tadi beserta serai & santan dan masak hingga menggelegak. Kemudian masukkan tempoyak dan kacau sebati sampai mendidih then masukkan udang, asam keping, garam, gula dan perisa. Akhir sekali masukkan petai dan daun kunyit. Biarkan hingga udang masak. Siap..
 

No comments: