Thursday, March 26, 2026

Honey Soy Garlic Chicken

 


Assalamualaikum..ni kita share lagi satu resipi ayam yg sempoi gak iaitu Honey Soy Garlic Chicken. Mudah sgt resepinya dan enak banget. Korang boleh try resepinya ye. Jom kita zaas resepinya yok..

Resepi Honey Soy Garlic Chicken
Resepi - inahar's cooking time

RESIPI HONEY SOY GARLIC CHICKEN
Bahan-bahan ayam goreng:
Ayam (guna bahagian yang anda sukai)
2 cawan tepung jagung
1 sudu kecik baking powder
Serbuk lada hitam
Serbuk bawang putih
Garam secukup rasa
(Boleh digantikan dgn tepung goreng segera utk memudahkan kerja 😅)

Bahan-bahan untuk sos honey garlic:
5 ulas bawang putih dikisar kasar
Butter untuk menumis
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar madu
4 sudu kicap cair
Sedikit cuka


Cara-cara:
1. Gaul ayam dengan tepung jagung, baking powder, garam, serbuk lada hitam dan serbuk bawang putih. Salut hingga semuanya sebati pada ayam,
2. Goreng ayam di dalam minyak menggunakan api yang kuat. Masak selama 6 hingga 8 minit. Kemudian, boleh angkat dan toskan. Ketepikan seketika sementara buat sosnya pula.
3. Cairkan butter dalam kuali. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
4. Kemudian, masukkan gula, madu dan kicap cair. Akhir sekali tambah cuka dan kacau sehingga naik buih.
5. Selepas itu, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga sebati.
6. Sedia untuk dihidangkan. Boleh tabur daun bawang semasa menghidang. Boleh diratah atau dimakan dengan nasi panas-panas. Selamat mencuba!

No comments: