Saturday, March 29, 2025

SALTED CARAMEL CORNFLAKES


Assalamualaikum..Alhamdulillah arini kita share another awesome recipe iaitu Salted Caramel Cornflakes. Resepi yg sempoi dan marbeles sgt. Kunyah2 sekejapan jer licin separuh balang..haha! Jom zaas resepinya yok..

Resepi Salted Caramel Cornflakes
Sumber - inahar's cooking time
1 kotak besar cornflakes
1 cawan gula pasir
100 gm mentega
1/2 cawan susu full cream atau dairy whipping cream
Secubit garam halus
Papercup secukupnya
Cara Memasak
1.Cairkan gula di atas api sederhana kecil hingga perang
2.Masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair
3.Campur susu, kacau hingga sebati & agak pekat. Tutup api & biar suam sekejap dlm 5 minit
4.Tuang sos karamel ke atas cornflakes. Kacau hingga sebati. Sudukan ke dlm papercup.
5.Panaskan oven dulu 15 minit. Bakar pada suhu 170°c selama 8-10 minit
6.Sejukkan & simpan di dlm balang kedap udara.

No comments: