Thursday, March 27, 2025

RED PEARL COOKIES

Assalamualaikum..Alhamdulillah arini kita nak share another keeper recipe iaitu Red Pearl Cookies. Kukis wajib tiap raya ye..sangat marbeles rasa dia. Korang wajib try ye. Jom zaas resepinya yok..
RESIPI RED PEARL COOKIES
Sumber 1 - fieza delights
Sumber 2 - inahar's cooking time
BAHAN-BAHAN :
1 cawan butter
1 cawan gula kastor (sy guna brown sugar)
21/2 cawan tepung gandum
21/2 cawan cornflakes - ramas kasar
1/2 cawan badam keping / badam cincang pun boleh...
1 cawan coklat cips
1 sudu kecil esen vanilla
Ceri merah - potong memanjang sebagai hiasan
1/4 suduteh emplex (optional)
Cara
1. Gaul sebati butter dan gula kastor. . 
2. Masukkan esen vanilla dan gaul lagi.
3. Masukkan tepung gandum, emplex, cornflakes, badam & coklat cips.  Gaul sebati. 
4. Sudukàn dan susun di atas loyang pembakar. 
5. Hiaskan dengan ceri merah.
6. Bakar 20-25 minit pada suhu 170'c.

 

No comments: