Assalamualaikum..waduh lama kita tak bersiaran ye. Dah minggu akhir puasa..nak raya dah pun..so seperti biasa lah kita mula kan operasi mengukis dengan salah satu cookies terpaling sedap di dunia dan terpaling sempoi nak buat iaitu Cornflakes meringue cookies..hihi. Ni biskut wajib buat tiap tahun ye. Jomm zaas resepinya yok..
RESIPI CORNFLAKES MERINGUE COOKIES
resipi asal - LG
sumber: inahar's cooking time
220gm Cornflakes
125gm Choc Chips
150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm) - kali ni guna brown sugar sbb kehabisan fine sugar
3 Biji Putih Telur
1-2 Sth Vanilla Esen
60gm Almond Sliced
Cara-cara:
Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed) Masukkan gula sikit2 hingga habis. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh. Lalu masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (My oven cukup 30 minit @160c dah cantik masak cookies tu)
No comments:
Post a Comment