Wednesday, October 16, 2019

AYAM MASAK MERAH KEGEMARAN



Assalamualaikum..arini kita kongsikan resipi menu paling digemari di rumah kami ni haaa. Menu wajib ayam masak merah kegemaran keluarga, menu yang dimasak hampir setiap minggu youuu! tanpa jemu..hihii! Resepi bonda yang mudah dan sedap. Alhamdulillah..jom kita zaas resepinye!

RESIPI AYAM MASAK MERAH
sumber - inahar's cooking time 

1 ekor ayam potong kecil ikut suka, cuci bersih dan lumur garam kunyit kemudian goreng 
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji bawang besar-kisar
2 biji bwg putih-kisar 
1 inci halia- ketuk saje
3-4 sudu besar cili giling (ikut kepedasan disukai)
1/2 botol kecil sos tomato..(kita guna jenama kimball) 
2 sudu besar sos tiram
cili hidup potong @cili api ikut suka

2-3 sudu besar gula
garam
minyak
perisa jika suka

Cara-

Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar & halia sampai naik bau . Kemudian masukkan cili giling, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sos tomato,sos tiram ,gula,garam , ayam goreng & cili potong juga hirisan bawang besar . Masak sampai mendidih, jika kuah pekat sgt bolehla tambah air sikit(anak2 suka lebih kuah sambalnye..selalu pun kita mesti lebihkan sosnya utk digaul ngan nasi..barula terasa masak merahnye)

p/s Jika masak untuk jamuan yang istimewa sedikit eg kenduri, jamuan raya dimakan bersama nasi berperisa kita akan tambah sedikit kayu rempah 4 sekawan semasa menumis masakan ni.

3 comments:

sweetie said...

Ayam masak merah ini mmg sentiasa menjadi kegemaran anak-anak saya Ina. Kalau masak makanan ni... selalunya mereka akan pesan masak nasi lebih sikit.

inahar ali said...

k.sweetie..betul tu kak..ayam merah ni mmg favourite seisi rumah

Norlaili A Wahab said...

Tak tau napa ayam masak merah kat kenduri sedap lain macam 😉