Sunday, January 22, 2012

TUTTI FRUITY CAKE wif CHEESECREAM

 
Assalamualaikum..ketemu lagi kita ye..pepun selamat bercuti sempena CNY nih..okayla jom kita tgk kek besday yg kubuat sempena majlis sambutan hari ulangtahun kedua-dua ayahanda dan bonda tercinta malam semalam. actuallynye besday mereka adalah pd 7 january dan 21 januari masing2 cuma kami sekeluarga celebrate sekali malam semalam di restoran alrawsha kg pandan..semuanya lbhkurang 30 orang anak menantu serta cucunda semua yg hadir..hehe! alhamdulillah segalanye berjalan bagai dirancang.. mmg meriah banget! buat kedua ayahanda bonda..kami doakan moga panjang umur murah rezeki serta sentiasa diberi kesihatan yg baik2 hendaknya ..amin!
okayla berbalik kepada kek besday lak..kali nih wat tuttifruity cake dgn topping cheesecream yg mendapat sambutan ramai..hehe! resipi pun sempoi jek cuma part mendeko jek yg pn doc sentiasa fail..huhuu! jom kita zaas resipi ek..

Bahan
sebiji spongecake perisa vanilla/plain
fruit koktel utk filling kek
fresh fruits utk hiasan-ikut suka
cheesecream sbg topping


  • 150g tepong super fine
  • 150g gula kastor
  • 5 biji telor A
  • satu sudu besar ovalette
  • 80ml jus oren (kita guna jus koktel campur sedikit susu )
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • sedikit pewarna kuning - optional
Cara-cara
  1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
  2. perlahankan kelajuan dan masukkan jus , dan sedikit pewarna kuning...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
  5. bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.
  6. Bila sejuk boleh hias ikut suka..kita potong kek kpd 3 bahagian. setiap lapis di sapu dgn cheesecream serta ditabur fruit koktel. kemudian sapukan keseluruhan luar kek dgn cheesecream tadi serta hiaskan dgn buah2an segar ikut suka. siap!
Resipi cheesecream topping
  • 250ml fresh/whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
cara-cara
pukul cheesecream bersama gula hingga gebu kemudian campurkan dgn fresh cream yg telah dipukul kental sebelumnya. kacau rata hingga sebati.




13 comments:

HomeKreation said...

Salam Ina cayang! Wah, sempat juga buat kek utk parents tercinta wl pun sibuk ya. Nampak gembira lah mereka tu posing dgn kek dari air tgn anakanda sendiri. Along boleh bayangkan memang sedap dgn frosting cheese tu.

inahar ali said...

along..mmg sedap sbb guna kekspan serta fruits mmg x muak kan.

blogresipi.com said...

Salam Kak Inahar,
selamat ulangtahun buat kedua ibu bapa doc. Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki insyaAllah. Meriah betul kalau lebih 30 orang mai tu :)

ijan

inahar ali said...

ijan..mekaceh ye! mmg meriah sbb kami ramai adik beradik cukup satu bas..haha!

Unknown said...

selamat ulangtahun buat kedua ibubapa kamu. Semuga diberikan kesihatan yang baik, di limpahkan rezeki dan bahagia bersama anak dan cucu..wow ramai dah ek family kamu


nanti nak gak terjah mee udang tu..nampak sedaplah

Acik Erna said...

Assalam..selamat ulang tahun buat ayahanda doc.
dah lama menyepi tiba2 kelaur dengan kek yang sungguh menggoda,

Cendana Kasih said...

selamat ulangtahun buat kedua ayah bonda akak...semoga panjang umur dan murah rezeki :)

sedap nampak kek tu.... yummmy !!!

Fauziah Samad said...

Dua kali Kjee baca coretan Ina.."majlis sambutan hari ulangtahun kedua ayahanda dan bonda tercinta malam semalam.." Ulangtahun kedua? Kjee ingatkan mereka baru dua tahun berkahwin. Isyhhh macam mana Ina boleh ada kalau baru ulangtahun kedua? Then baru Kjee faham, Rupa2nya ulang tahun KEDUA-DUAnya jatuh dalam bulan yang sama. Lenkali tulis betul2. Mata tua Kjee ni susah nak tangkap bende2 camni. Kahkahkah. Salam buat kedua-dua ayahnda dan bonda. Moga panjang umur, sihat dan melimpah ruah rezeki! Love you sis!!!

inahar ali said...

kakinakl..mekacehh kak! mmg kami adik beradik cukup pasukan bola..hehe!

kakerna..mekaceh atas ucapannye..kek tu mmg menggoda..sekejapan jek abih..hehe!

noorma..thanx! kek tu sempoi but yummy sgt!

kakjee..kahkahkah! cian kakjee..nk wat camner..yg tukang tulis pun umur dh hampir senja gak..mmg tunggang langgang bahasa..huhu! pepun thnx for the wish & prayer ya! love u tooo!

dZana said...

aslmkum doc ina..slmt ulang th buat ke duanya.. terpancar kebahagian di air muka m'ka ..

Mieza said...

sejukkk hat mak ayah dapat anak mcm ni kan..happy besday..kek ni nampak lazat sekali kak ina...tang tutty fruitty tu yg mnggoda sesangat!

inahar ali said...

dzana..thanx ye cikgu!

mieza..alhamdulillah ada rezeki sikit bolehla celebrate meriah sikit..hehe! kek tu mmg sedap..x muak makan!

Totie@Tomy said...

wah sedapnya kek saya suka kek yang kalau makan tak muak...