Tarraaaaa....akhirnye dpt merasa homemade nasi ayam mandhi..begitu ramai dh kengkawan blogger yg dh try resepi raidah nih..pastu lastweek ternmpak kt dapur mak sedaraku yg comel di mersing nun..ucu ana(kaksu72)..amboi apalgi terus operasi 'mandhi' ler jawabnye..hehe! selalu kalu makan kt restoran arab mmg mahal ler..bila wat sendiri ni jauh jimat & ekonomi kan.. so jom zaaass resipi..kita cnp dr umah ucu ana ye..tenkiuuuuuu!! muaaaaahhh!
Resepi Nasi Mandhi dan Ayam Panggang
Resepi Ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 4 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.
Nasi:
4 cawan/pot beras basmathi ~ (saya beli beras Monghul Basmathi 1kg cukup tuk 10 org makan - ikut je peraturan memasak yg ada kat pek tu memang menjadi...)
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.
19 comments:
wahhh tu diaaa...nasi mandhi dah terhidang... nak tumpang makanlah, memang sedap n jimat kos kan..
ina, cemara indah resort tu kat Triang, kalau dari mersing, lalu jalan baru air papan- triang 30 minit je... jom balik kampunggg...
oh iyeke...jom kita cuti2 mesia nnti ucu!!!
Salam kak ina cayang!!! akak mcm tau tau jer kita baru lepas mandi hihhihi tyg pulak menu2 mandi niii kan nak jugak!!!!!
mieza nak tanya, tang letak arang dalam periuk tu, arang tu yang berbara api ke kak ina? mieza teringin nak try la nasi ni :)
akak..sama ler entri kita hari ni yer...
nengok letak arang yg xtahan tu.. huhu.. sedap ye kak.. aritu baru nmpk kak mas wat nih.. tun x terwat2 lagi.. nunggu aura rajin dtg =)
ika cayang..nasi mandhi nih owg yg x mandi setahun pun leh makan..hahahaha!!
mieza..iye guna arang yg telah dibakar dulu then taruh kt dlm aluminium foil tu! nnti mieza try ye!!
noorma..sehati sejiwa la pulak kita ni kaaann!! hehe..
tun..mmg sedap banget..mesti cuba tau!
nasib baik mas baru lepas makan nasi madhi...tak de la terliur sangat..he..he...
sedappkan kak nasi madhi ni...
berulang mas makan ari tu..kikiki
assalam ina..teringin jugak nak cuba ni..kemain panjang menu nya..
kalau dah ina buat mesti sedap ni..
kak inaaaa wah sedap ni tapikan belum berkesempatan nak buat lagi ,cantik nmpk nasi akak tu
assalam kak ina cayang!! salam winduuu...baru berkesempatan nk singgah sini kak...wahh sedap nasi mandhi tu...masa kat mekah puas dah mkn tapi bila blk sini teringat pula nk mkn lagi...haha nanti nk buat jugalah..hehe
sedapnyaa kak ina...nanti nak wat jugak nih..rumah saya ni memang gemar nasi mandhi ni :D
mas..mmg sedap..akak pung bertambah-tambah makan..hehe!
kak erna..cuba jgn x cuba kak..mmg puasati!
mimi..resipi ni mesti try tau!
nieza..alahai sure makan nasi mandhi sampai bosan ek kt sana..hehe! tp kt mesia ni la ni mmg tgh demam menu arab!
zarin..mmg sedap..nnti cuba wat ek!
Assalam Ina..
wooww.. nasik mandhi ngan ayam panggang...fuhh mmg sedap tambah lagi homemade.. puas makan kann ina.. akak nie selalu lewat singgah.. sure dah abiss..
salam doctor:)..kita baru baik demam ni..nampak nasi mandhi ni baru terbuka selera nak makan..dah abih ya?
Wuish nampak sdp sgt. Nasi mandhi nama nye?hehe first time dgr, looks really good, bab nasi2 mcm2 ni mmg my feveret..must try ni..bila kerajinan mendatang..
Sedapnya nasi mandhi tu! Nnt nak cuba la buat sendiri! Ada lauk lain lagi tak yang boleh dimakan bersama nasi mandhi ni?
alamdr,
wah nasi manddhi pun ada disini ya..
sedap nasi nikan..
nur ede..mmg sedap tau..nnti akak cuba la!
cikmanggis..dh lama abihh..hehe!
aesh..nnti cuba jgn x cuba ye!
myza..style arab mmg makan ngan ayam ngan sambal tu jek..tp kalu nk tamabh lauk no hal..kari ker..dalca ke mmg ngancam tau!
ayu..mmg sedap..ingat nk wat lg pasnih..hehe!
Post a Comment