Friday, May 27, 2011

MEEHOON GORENG PUTIH



Menu meehoon lak..goreng putih lak ala singapore..selalu goreng ngan cili kekadang boring gak so sekali sekala goreng putih cenggini..sodaapkan! dulu resipi dh ada kt sini tp xper kita copy balik aar...jom zaass!

Resepi Meehoon Goreng Putih


1 bungkus bihun ( di rendam )

100 g taugeh
1 pokok daun bawang atau daun kucai ( di potong2)
6 – 10 biji cili padi ( dimasukkan ke dalam bihun sebiji2 ) – jika suka
10 – 12 ekor udang sederhana
sepotong kobis ( potong kecil-kecil)
1 biji karot saiz kecil ( potong nipis )
1 labu bawang besar ( ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)

segenggam ikan bilis(ditumbuk)
3 – 4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit perasa ( jika suka)

Cara penyediaan

1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukan sedikit air dan sos tiram.
2. Bila mendidih masukkan bihun, karot, kobis, udang, cilipadi dan garam. Kacau hingga sebati dan bihun lembut.
3. Last tambahkan daun kucai dan taugeh, sesuaikan rasa garamnya bolehlah di angkat.

12 comments:

Mas said...

akak..mas suka meehoon goreng..
sedappnya tengok...

inahar ali said...

mas..mihun goreng nih mmg feveret semua owg kt umah akak nih.jap jer abihh sekuali..hehe!

ijayuji said...

salam kak ina! bekal ninja kita td pg pun kita goreng meehoon putih gini cuma letak lada itamlah sbb tu panggil putih sbb dia tak hitam sgt hihihi... ank kita yg sulong tak minat sgt tp kalau mee hoon buat sop dia suke :D kita org laki bini mmg suke noodle2 gini :D

inahar ali said...

ika..kita serupaaa..hehe! family akak ape jenis mihun pun diowg suker..

Acik Erna said...

assalam iin..sedapnya..akak paling suka beehoon goreng putih.
tapi jarang sangat dapat beli..sebab kat kedai jarang ada..
terima kasih kongsi resepi.nanti akak cuba..

kakchik said...

salam doc inahar. sedapnya bihun goreng ni. kakchik paling suka kalau bihun atau nasi yang goreng putih macam ni. hari ni masak nasi goreng singapura, putih macam bihun inahar juga. tapi masih terliur kan bihun ni. yummy.

Ayu said...

asslam dr,
waduh namapk sungguhhhh sedaplah ini mee hoon..kecur betul kita tengok..tengah telan air liur satu gelas ni..this is my kids favourite..

Noor said...

Sedap bihum putih nie saya suka makan dengan cili padi yang di rendam kicap emmm laparlah

Noor said...

Sedap bihum putih nie saya suka makan dengan cili padi yang di rendam kicap emmm laparlah

inahar ali said...

kakerna..jgn lupa try resipi ni nnti ye!

kakchik..anak2 mmg suker seme menu mihun..x kira merah ke putih ker..sempoi tp sodap kan!

ayu..hahaha sampai segelas airliur wakaka!! iyala anak2 seme suker mihun cenggini..x muak makan kan!

noor..betuila noor makan mihun cenggini sedap ngan cilipadi kicap tu kan..tp kita x wat sbb takut terlebih makan lak nnti..hehe!

Mat Gebu said...

pesal menggoda sangat nihh....aduhh..

Mat Gebu said...
This comment has been removed by the author.