Sunday, November 22, 2009

IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA


Menu tengahari tadi..resipi cedok dr dapur ummi kuantan..actually resipi nih guna ikan siakap kukus tp kita tukar jadi siakap goreng..resipi asal dr chef tersohor norzailina nordin..memang marbeles!!! jom lihat resipinye..kita cnp dr dapur ummi ye!! thnx a million!!

RESIPI IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - ni kita goreng dgn tepung berempah segera jek!

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak. (kita goreng je ikan siakap td dgn tepung berempah ye!)
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan(guna air biasa je sbb x kukus ikan) dan garam serta gula.
  7. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

10 comments:

Unknown said...

k ina...

huhu... punya lar lama saya mencari resipi siakap tiga rasa ni.... dah merata dah. (nk nangis lar niiii.. uwaaaa).. suami beli 2 ekor ada lagi dalam peti es tu... ingat nak buat masak asam .... limau pulak lupa dibeli....

k ina... penylmt dipetang hari..... nanti zan cuba lak ye. tunggu...hihi

Ummi said...

salam Ina..waaah laju dah masak eh..hujan2 ni perut asyik lapar je kan..Ktan dah macam nak banjir jek...3 hari berturut2 hujan..Apapun, ikan mu itewww menawan tekak kuuuuu...hehee..muaaahh!

mummyseri said...

wahhhh akak da stat masak sedap2 nih:)
bile nak meroti kak?
x saba nak tgk ..

inahar ali said...

izan..cuba jgn x cuba ye!mmg marbeles tul resipinye!

ummi..laa iyeke?? hrp2 umah ummi x terkena banjr ek!!ish..ish..

seri..haha..lihatla entry terbaru ku itew!!haa..terus semangat menguli roti..hehe!!

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

sedapnya!

Jαnnαhツ said...

sedapnya nampak masakan nie. nak try la jugak. hihi.

Khayra Sofea said...

sy mmg dh lama bookmark page ni sbb resepi ni mmg saya guna sejak tahun lepas...Sedap....Terima kasih sbb sudi kongsi resepi...

Anonymous said...

I know this website offers quality depending posts and additional stuff,
is there any other web page which offers these kinds of stuff in quality?


My weblog: tao of badass

Kenari Putih said...

Simple resepi ni. Sy pernah buat jgk tp tak jadi. Minggu ni mmg nak try resepi ni. ;D bahan2 pon senang dapat. Nampak gambar macam raprik. Slalu sy makan kat kedai siam. Hihi

Unknown said...

salam..nk tnya...
"camb" tu apa ek?

ainniah.com