
Okaayy..ni menu terlepas ekcelinyer..hehe! masak ari minggu ritu..udah pinisshhh pung!! soriiii aarrr!! resipi sempoi jek... RESIPI SPAGHETI AGLIO OLIO
sumber: inahar's cooking time
BAHAN2:
200 gm spaghetti yg telah dicelur
2-3 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
8-10 ekor udang sederhana besar (boleh guna apa2 jenis seafood spt kepah,mussel,sotong etc)
1 sosej (dipotong serong)-guna ayam jer..
Button mushroom (ikut suka)
2-3 potong capsicum hijau (potong dadu atau memanjang)-x letak pun sbb xde stok
1 sudu teh oregano flakes
daun parsley (dicincang)
cili padi (boleh juga tambah serbuk blackpepper)
garam secukup rasa
perisa
sedikit parmesan cheese
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk udang,dan sosej. Setelah udang kemerahan, masukkan pula capsicum dan button mushroom. Dan akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Garam secukup rasa, cili padi, oregano , daun parsley dan perisa.Sekiranya spaghetti nampak kering, boleh ditambah minyak zaitun. jika ditambah dgn ceri tomato lagi sodaap!! taburkan sedikit parmesan cheese powder & chili flakes diatas spagheti semasa menghidang!














