Thursday, May 26, 2022

KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES

Assalamualaikum..saje nak tunjuk Kek Velvet Hawflakes, the one & only cake yg sempat kubuat utk sambutan raya ini.. kek ni memang salah satu resepi kek plg famous di kalangan kami geng2 foodblogger dolu2 lebih 10 tahun lepas dah..haha!! Resepi asal stail kukus tp kita malas nk kuarkan pengukus jadi terhasillah versi bakar dlm oven (waterbath). Korang kena try resepi kek ni sgt gebu, soft, moist and sedap sangat! Jom kita zaas resepinye yok!

RESIPI KEK KUKUS VELVET HAW FLAKES (versi bakar waterbath)
resipi - kak fida
sumber - inahar's cooking time
Ig @drinahar

Bahan-bahan
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais) 
225 g gula halus 
220 g tepung gandum* 
1 sk rata baking powder* 
1 sb ovalette 
150 ml susu cair 
1/2 sk garam 
100 ml minyak jagung/masak (kita guna melted butter) 
1 sk esen vanilla 
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka 
secukup hawflakes 

Cara-cara
1.Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2.Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3.Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu. (kita guna cara bakar waterbath dalam oven, bakar 10 minit tiap lapisan)
4.Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
 

No comments: