Friday, December 24, 2021

PULUT KUNING & RENDANG AYAM

Assalamualaikum..Arini kita nak kongsi menu yg kita masak minggu yg lepas iaitu pulut kuning yang di makan dgn rendang ayam. Makanan faveret anakanda Adam yang balik bercuti dari kolej aritu. Pulut ni sebenarnye dikukus secara mudah jer sekali harung dikukus pulut beserta santan tu..takyah nk ulang kukus 2-3x cam biasa tu..Alhamdulillah okay kejadiannye. Jom kita zaas resepi yok! (Resepi rendang ayam boleh lihat di sini ye)
 
Pulut kuning versi mudah
Sumber -inahar's cooking time

BAHAN - BAHANNYA :-)
3 cawan pulut
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
11/2 cawan santan kelapa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1-2 sudu kecil minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

 
CARA MEMBUATNYA :-)
Cuci pulut, kemudian masukkan dalam bekas besar. Tuang air hingga pulut terendam. Tambah serbuk kunyit dan kacau hingga rata. Masukkan asam gelugor dan rendam pulut selama 4 - 5 jam, sekali2 anda gaulkan pulut yang berendam tadi, agar warna kuningnya sekata. Panaskan kukus, sediakan loyang sesuai. Toskan pulut. kemudian masukkan ke dalam loyang. Letakkan daun pandan dan tekan sedikit biar daun pandan tenggelam.Sementara itu, masukkan garam, minyak dan gula ke dalam santan dan kacau rata. Tuang dalam loyang berisi pulut tadi sehingga santan menutupi permukaan pulut. Kukus pulut selama 25 minit dengan api besar.Buka tudung kukus, dengan menggunakan chop stick, balik2kan pulut tadi agar masak sekata. Gaul hingga rata.Sambung mengukus untuk 10 - 12 minit lagi atau hingga pulut kuning masak elok, dan tak keras. Angkat dari kukusan dan boleh hidangkan bersama rendang, sambal tumis, kari atau serunding....Selamat mencuba!! 
 

No comments: