Sunday, March 20, 2011
TERIMA KASIH CINTA!!
Friday, March 18, 2011
SPAGHETI CARBONARA MUSHROOM

Menu sempoi semalam..spagheti carbonara mushroom..feveret sri (kalau boleh nk suh wat tiap2 hari..hehe)..jom tgk resipi!!
- 1/2 biji bawang besar-potong dadu
- 2 biji bawang putih-cincang halus @ parut
- 250ml susu segar (boleh juga guna cream utk lbh creamy)
- 750ml air atau lebih.
- 1/2 mangkuk isi ayam potong dadu secukupnye
- 1-2 ketul kiub pati ayam
- 1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis@cincang
- 2 sudu besar butter
- 1-2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk lada itam
- 1 sudu teh daun parsley kering
- sedikit oregano & 1-2 helai daun bay (guna yg kering jer)
- garam sedikit
- perisa
- parmesan cheese atau sliced cheese-optional
- pasta secukupnye
Panaskan butter kemudian tumis bawang besar & bawang putih bg layu sikit kemudian taruh cendawan serta isi ayam. tumis sekejap pastu masukkan tepung dan kacau cepat. Masukkan susu dan air serta kacau supaya tidak bergentel. Akhir sekali masukkan bahan2 lain .. kacau tanpa henti hingga cheese mencair dan sup menggelegak. siap dan boleh la dihidangkan bersama pasta,garlic bread atau lain2 pilihan.

Wednesday, March 16, 2011
PEACH CHEESECAKE




TARAA...arini kembali mengecis pulak..atas permintaan mr hubby..so kali nih try wat no baked cheesecake lak..lebih lembut & creamy!! resipi amik dr dapur alongroz..tenkiu along..mmg sedap woo!! meh kita zaas resipi.....minta izin cnp resipi ye along..muah!!
MANGO CHEESECAKE (kita ganti ngan peach)
Made one 9" diameter
CRUST:
110g Butter
2 tbs Brown Sugar
200g Digestive Biscuits - crushed -kita guna 250gm oreo biscuits
50g Cornflakes - crushed coarsely- x letak
- Melt butter with brown sugar.
- Mix in rest of ingredients.
- Press into the cheesecake tin.
- Chill for at least 30 minutes.
FILLING:
1 block (250g) Cream Cheese
1/2 cup Castor Sugar
1 packet Cream (200ml) -kita guna nondairy whipped cream (dipukul kembang dahulu sebelum campur dalam adunan cheese)
1 cup Mango puree (used 2 large mangoes & my mangoes were very sweet)- kita parut buah pic dalam tin
1 tbsp Gelatine/Jelly powder - dilute in 1/4 cup water & heat up until melt
METHOD:
1. Cream cream cheese and sugar until smooth.
Add in cream & continue to beat until thicken.
Add in mango puree & stir well.
Add in gelatine/jelly mixture.
2. Pour into the chilled crust.
Chill overnight until set.
3. For topping, arrange mango slices on the cheesecake once it is set.
Mix 40ml apricot jam with 40ml hot water.
Brush the mango topping with apricot jam mixture.(kita hias guna whipped cream & peach slices jer)
Chill until set.
Serve chilled.



Tuesday, March 15, 2011
MACARON OH MACARONS....




as salam kembali..terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terimakasih yg tak terhingga buat semua teman2 yg telah mendoakan kesejahteraan adindaku nabil yg masih lagi dihospital..buat pengetahuan semua nabil skrg telah dipindahkan dari wad H1N1 kepada wad biasa..tapi keadaannye yg masih demam panas lagi setiap hari menyebabkan beliau masih ditahan di wad..sampai saat ini doktor masih tidak dapat mengesan jenis kuman yg menyebabkan nabil demam panas menggigil setiap hari..sekarang ni doc dh tukar lagi antibiotik kepada yg lebih kuat (sebelum nih nabil telah completed 3 jenis antibiotik dan antiviral tamiflu utk H1N1)..keluarga pun ada mendapatkan air penawar dari beberapa ustaz..moga adikku tabah melawan penyakitnye ini dan dapat pulih segera..insyaallah..amin!!
okayla setelah lama dapurku x berasap, malam tadi puan doc pun memulakan operasi memacaronkan diri..hehe!! lepas teruja melihat ramai teman2 blogger berjaya membuat macaron yg cantik2 pastu semalam pulak ternampak cikgu dzana yg w/pun pestaim mencuba wat macaron tp cun melecun rupa paras macaron yg terhasil..waduh jeles banget!! apalagi terusla puan doc pun stat operasi tp..alahai first few batches yg dibakor tu ada memacam rupa gaya..hahaha!! yg senget benget, terhangit,melotups pun ada..kahkahkah!! mungkin suhu oven yg agak panas kot bila kita turunkan suhu kepada 140c baru la cantik sikit kejadiannye..takpa la kan practice makes perfect..lepas ni mesti cuba lagi dan lagi dan lagi...yg penting sedaaap banget!!! xleh berhenti mengunyah..makan cenggitu pun dh sodaap xyah filling..uisshhh..jangan dapat kencing manis udah..hehe! jadi jom kita zaas resipi cnp dari umah cikgu dzana..resipi asal dari yani deco choco..thnx to both for sharing ye!!
MACARONS
(Sumber : Yani Deco Choco)
Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
- 2 biji (80gm) telur putih L size
- 60gm gula kastor
- 80gm almond powder
- 120gm gula aising
- sedikit esen vanila
Cara-cara:
- Ayak almond powder dengan gula aising.
- Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
- Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
- Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
- Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
- Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
- kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
- kurangkan suhu atau masa bakar.. (kita kurangkan kepada 140c masa 13-15min)


Thursday, March 10, 2011
MOGA ADINDAKU CEPAT SEMBUH....


Sunday, March 6, 2011
MARBLE CHEESE BROWNIES




Yuhuuu..dh lama berangan nk wat marble cheese brownies..mmg resipi dr rinnchan ni plg ngetop sbb tersgtla sedaapnye..marveles banget!! brownies ni kita wat semalam sempena majlis besday satu tahun usia anak sedaraku fawwaz ..majlis berlangsung di umah my parents..semua pun memuji kesedapan bronis nih..resipi ni dh dicuba oleh ramai blogger masak2..sape yg lum try mmg rugi woo!! thnx rinn 4 sharing this marvelous recipe.. jom kita zaas resipi!!
MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. 2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Saturday, March 5, 2011
MEEHOON GORENG PUTIH

As salam..di petang sabtu yg nyaman nih..arini kita melayan menu yg jarang kita masak ie mihun goreng putih @ goreng lada hitam! sesekali bertukor selera mmg sedap!! kali ni import resipi dari dapur wana..mmg sebelum ni pn guna resipi sendiri yg lbh kurang sama jek ngan wana punyer..so disebabkan maleh nk menaip baru..kita cnp jer dr dapur wana..(walaupun ada sedikit penambahan bahan tp main ingredients tu mmg x lari laa..hehe!) tenkiu ye..jom kita zaas resipi!
Resepi Meehoon Goreng Putih
1 bungkus bihun ( di rendam )
100 g taugeh
1 pokok daun bawang atau daun kucai ( di potong2)
6 – 10 biji cili padi ( dimasukkan ke dalam bihun sebiji2 ) – jika suka
10 – 12 ekor udang sederhana - kita ganti ayam sbb x de udang lam esbok
sepotong kobis ( potong kecil-kecil)
1 biji karot saiz kecil ( potong nipis )
1 labu bawang besar ( ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
segenggam ikan bilis(ditumbuk) - ni kita tambah sendiri
3 – 4 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit perasa ( jika suka)
Cara penyediaan
1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukan sedikit air dan sos tiram.
2. Bila mendidih masukkan bihun, karot, kobis, udang, cilipadi dan garam. Kacau hingga sebati dan bihun lembut.
3. Last tambahkan daun kucai dan taugeh, sesuaikan rasa garamnya bolehlah di angkat.
Thursday, March 3, 2011
BUBUR PUTIH BUBUR MERAH

As salam..dessert yg dibuat petang tadi adalah masakan yg sgt nostalgia buat kita..rasanye dh lebih 30 tahun x merasa bubur putih bubur merah nih..bila nmpak kt dapur cikgu dzana terus teringat memori masa kecik2 dulu..bubur ni adalah bubur tradisi owg johor (asalnye dr owg jawa)..kalu ada majlis kenduri kesyukuran atau sambutan harijadi selalunye bubur ni adalah salah satu menu wajib masa kenduri..kita dulu masa kecik duduk kt kawasan Kg.Jawa kt JB.. memang dikelilingi oleh jiran2 keturunan jawa (tp pn.doc sendiri bukan jawa tp banjar..hehe!iklan jap..)..selalu sgt dpt dijamu bubur putih bubur merah nih yg diberi jiran..selalu gak mak masak sendiri..mmg sedaap! Resipi ekceli main campak2 jek tp xper..kt sini kita cnp resipi kt dapur cikgu dzana..thnx ye cikgu!!
RESIPI BUBUR PUTIH BUBUR MERAH