Friday, February 8, 2013

PUDING TRIFLE ISTIMEWA..LAGI..DAN LAGI!!


Assalamualaikum..ni lagi satu entry tertunggak..buat 2 minggu lepas masa menyambut besday anak sedaraku fatehah..puding trifle istimewa resipi dari jejaka fofular nun di sedenak sana..Che Mat Gebu yg la nih semakin hangat sejak wajahnye tepampang dlm majalah rasa edisi mac terbaru..mmg mantopp!!  sejak mencuba resipi trifle mat ni..kiranya dh berkali-kali la dok ulang buat sbb mmg sedaap banget rasanya..mmg asik mengulang ke peties jek kejenye..hehe! mmg terbaekk! (psst..akak br jek beli majalah rasa tadi sbb semata2 teringin nk tgk wajah gebus mulus Mat tu..hehe!)
jom kita zaas resipi..dulu dah ada kt sini ye!

PUDING TRIFLE ISTIMEWA
resipi asal-CMG

BAHAN KEK SPONGE :-) (Pn doc tak buat sbb guna swiss roll readymade jek)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

Foto2 sebahagian dari step by stepnya..







Tuesday, February 5, 2013

MOIST CHOCOLATE CAKE


Assalamualaikum..tak jemu2 ngan kek cekelat..last week punyer kek ni..dah abiss pun..hehe! baru berkesempatan nak tayang arini..kali ni guna resipi feveret yg selalu kubuat iaitu resipi dr dapur alongroz..mmg terbaekk!! sgt moist,rich, creamy & very chocolatey..perghhh!! jom zaas resipi..dah ada dulu kt sini..

RESIPI KEK COKELAT MOIST KUKUS
resipi: AlongRoz MYresepi
sumber 1: cikgu dzana
sumber 2: inahar's cooking time


Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko* 
1 tin Susu Isian Cair*
 
200g Minyak Masak Sayuran*
 
250g Susu Pekat*
 
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih..
 
250g gula kastor*
 
150g Tepung Gandum
 
1 st Bic Soda
 
1st Baking Powder


Cara-cara
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. **(kita bakar secara waterbath @ 180c selama 50-60 minit)**
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ganache.

Resipi chocolate ganache
1/2 tin susu pekat manis
1/2 caw serbuk koko
sedikit butter
sedikit susu segar/cair secukupnya

kacau semua bahan secara double boil @ atas api kecil hingga pekat berkilat. 

Sunday, February 3, 2013

SUP AYAM SEMPOI


Assalamualaikum..ni dia menu hari ahad yang sempoi..huhuu!! Senang dimasak sedap dimakan..kalu tak mau makan ngan nasi pun takper..kita layan ngan roti wat cicah..mmg sodap!

RESIPI SUP AYAM SEMPOI

Bahan2:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan di bersihkan
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - belah 6
sepotong halia - hiris/ketuk
1 biji kentang - potong kiub(sederhana besar)
daun sup - utk hiasan
sedikit bawang goreng -utk hiasan
1 kiub perisa ayam
1 sudu besar serbuk lada hitam
3-5 biji cili padi-jika suka
1 btg kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 biji bunga cengkih
sedIkit garam
minyak menumis

Cara2:


Panaskan sedikit minyak. tumis 4 sekawan hingga wangi.
masukkan bawang, bawang putih dan halia tumis hingga naik bau. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ayam, kentang, kiub ayam, cili padi dan lada hitam. Akhir sekali masukkan garam.. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Siap.Taburkan daun sup/bawang serta bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, mee/mihun ataupun roti.



Thursday, January 31, 2013

GALLE ROTI CAFE @ T.MELAWATI


Assalamualaikum..alhamdulillah hari isnin malam aritu..sempat kami pergi makan2 di Galle Roti Cafe di Tmn Melawati utk meraikan Sri di malam terakhir sri  bersama keluarga tersayang sebelum dihantar mendaftar ke SBI keesokkan harinya..pestaim makan di sini..plan nak makan western kt Mustafa Jones cafe disebelahnya tp tutup lak so kami pun masuk ke restoran Galle Roti ni utk mencuba makanan di sini pula,,tempatnya luas dan cosy..macam2 menu asian & western ada ..harga agak mahal tp rasa makanan okayla..boleh tahan..
Jom layan foto2 kt bawah ni...




ruang cafe yg cantik dan luas

menu2 yg kami oder aritu...taraaaaaa!

cheezy nachos RM9.90+

Kway teow penang..tak ingat harga pulak..

spagheti bolognese RM 18.90

Chicken egg sizzling yee mee RM8.90 (harga promosi)

FISH & CHIPS RM 19.90

Sizzling Lamb Chop RM32.90 (harga promosi)

spagheti carbonara yg sedap..sri suka sgt..harga RM17.90

dessert kitorang..rainbow cake wif buttercream..Boleh tahan la rasanya. rm8.90/slice
(ada gak red velvet cake, cheesecream carrot cake,cream brulee & puding karemel)

So kepada sesiapa yg ingin berkunjung ke sini lokasinye terletak di bangunan baru dibelakang Sapura Kristal Restaurant @ Tmn Melawati.

Wednesday, January 30, 2013

ANAKANDA SRI KE SEKOLAH BARU..


Assalamualaikum..amboi lama banget Pn doc tak bersiaran ye..ada yg rindu ker??hehe..actually nya kita sgt bizi sejak naik tahun baru aritu menguruskan macam2 hal termasukla menguruskan kemasukan anakandaku Sri yang telah berjaya ke tingkatan satu disekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Bina Insan (SBI). Syukur alhamdulillah Sri berjaya utk menyambung pelajaran ke SBI ni iaitu sebuah sekolah menengah agama berintegrasikan sains tahfiz yg terletak di dlm kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bangi. Ia adalah sekolah yg baru saja memulakan pengambilan pelajar tahun 2013 ni..sekolah terbaru dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS/JAIS). Moga anak ibu tabah menjalani kehidupan baru di SBI ni..harapan ibu moga sekolah ni berjaya mencapai visinye utk melahirkan insan2 yg berilmu dan berakhlak berteraskan Al-Quran & Sunnah juga melahirkan pemimpin masa depan yg mempunyai asas yg kuat dalam pendidikan Islam, bersahsiah tinggi serta penghafaz Al-Quran..serta berjaya dunia dan akhirat..insyaallah! amin.. So jom kita lihat foto2 yg sempat diambil masa pendaftaran di SBI semalam..
ni bangunan sekolah SBI terletak dihujung kampus KUIS


 
Asrama perempuan setinggi 4 tingkat ..bangunan tinggi kt belakang tu (foto atas) adalah bangunan asrama utk pelajar2 KUIS

 Sri yg tiada langsung riak sedih di sekolah baru..malah asik tersenyum..ibu lak yg lebih2 menitiskan airmata masa nk berpisah tu..huhu!

okay kt bawah ni foto2 sekitar KUIS yg sgt indah pemandangannya..

Masjid Al-Azhar KUIS yg tersergam indah di tengah2 kampus KUIS


 Pemandangan tasik yg cantik..tempat menjalani rekreasi dan merehat kan minda..